Whatsapp Group warga emas jadi ancaman pemberian dos penggalak – KJ

Kenyataan KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ancaman paling besar dalam menjayakan program pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 ialah kumpulan WhatsApp terutamanya membabitkan warga emas yang dipenuhi dengan penyebaran berita palsu dan tidak tepat.

Memetik laporan FMT, Khairy berkata penyebaran berita palsu itu menyebabkan ramai ragu-ragu untuk menghadiri temujanji suntikan dos penggalak seperti ditetapkan.

“Ancaman paling besar program dos penggalak ini adalah WhatsApp group warga emas sebab macam-macam berita palsu tersebar, mak saya sendiri dia nak ambil dos penggalak minggu depan, tapi dia hantar kepada saya macam-macam (berita tak tepat yang diterima) menyebabkan dia tanya selamatkah dos penggalak, selamat ke dari kesan sampingan, macam-macam maklumat tak tepat tersebar.

Whatsapp Group warga emas jadi ancaman pemberian dos penggalak - KJ

Khairy Jamaluddin berkata, penyebaran berita palsu itu menyebabkan ramai ragu-ragu untuk menghadiri temujanji suntikan dos penggalak seperti ditetapkan.

“… jadi cara penyampaian sains ini kita kena mudahkan untuk sampaikan kepada masyarakat supaya mereka mudah memahami kepentingan dos penggalak,” katanya dalam siaran langsung bersama Agenda Awani bertajuk “Dos Penggalak Sebagai Perisai”.

Mengulas lanjut, Khairy berkata pengambilan dos penggalak penting untuk melindungi masyarakat dan ia antara senjata untuk melawan wabak Covid-19.

“Kita ambil vaksin bukan untuk kita sendiri tapi untuk masyarakat, untuk kurangkan jangkitan, penting juga untuk ingatkan, kita juga tak boleh hanya lihat strategi pemberian dos penggalak (sahaja) senjata kita, tapi ia salah satu senjata, jangan jangan lupa strategi senjata lain.

“Lawan Covid ini ada senjata vaksin, ada senjata langkah kesihatan awam seperti memakai pelitup muka, jaga penjarakan, ini penting. Ada negara pemberian dos penggalak berjalan tapi tak pakai pelitup muka. UK tak pakai pelitup muka sebelum ini, tapi semalam Perdana Menteri mereka umum wajib pakai pelitup muda di kawasan tertutup, jadi ini (pakai pelitup muka) perisai penting,” katanya.

Sementara itu Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Negara (NIH), Dr Kalaiarasu M Peariasamy tidak menolak kadar jangkitan melebihi 20,000 boleh berulang jika masyarakat mengambil mudah pentingnya pengambilan dos penggalak,

“Kemungkinan perkara itu boleh berlaku sebab selepas tiga hingga lima bulan dos kedua diambil, tahap keberkesanan vaksin memang menunjukkan penurunan, kita perlu beri dos penggalak untuk elak situasi peningkatan semula jangkitan.

“Jadi perkara sebegitu (dos penggalak) tak boleh dianggap ringan, ini satu perkara penting dan harus dilakukan supaya kita dapat jaga bukan sahaja individu tetapi komuniti “ katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Iswardy Morny digantung keahlian PKR
Kawasan wabak JE diisytihar di satu daerah di Kedah

CATEGORIES