Whatsapp benar ahli keluar ‘group’ secara senyap tanpa orang tahu

Oleh INFORAKYAT

Whatsapp benar ahli keluar ‘group’ secara senyap tanpa orang tahu. WhatsApp akhir-akhir ini telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri memfokuskan WhatsApp Group. Antaranya adalah sokongan sehingga 512 orang dalam sesuatu WhatsApp Groups, selain lebih kawalan kepada pentadbir.

Terbaru, melalui WABetaInfo, WhatsApp juga sedang menguji kebolehan untuk seseorang meninggalkan WhatsApp Groups yang ditambah secara senyap.

Melalui pilihan baharu ini, hanya pentadbir sesuatu WhatsApp Group sahaja akan mengetahui apabila peserta dalamnya keluar meninggalkan WhatsApp Grpup berkenaan.

Ini bermakna, peserta lain dalam WhatsApp Group berkenaan tidak akan mengetahui apabila seseorang keluar daripadanya.

Whatsapp benar ahli keluar 'group' secara senyap tanpa orang tahu

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengurangkan drama apabila seseorang meninggalkan WhatsApp Group – dan membuatkan lebih ramai selesa apabila ingin keluar daripada sesuatu WhatsApp Group.

BACA:

Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40, tak bebankan peminjam

Muka atlet gimnastik Malaysia sebiji muka Syed Saddiq, ramai gadis dah cair..