Waspada rakyat Malaysia, data whatsapp anda dah dijual di platform antarabangsa

Waspada rakyat Malaysia, data whatsapp anda dah dijual di platform antarabangsa

Waspada rakyat Malaysia, data whatsapp anda dah dijual di platform antarabangsa. Lebih 500 juta data pengguna platform WhatsApp terdedah termasuk 11.6 juta daripadanya adalah data pengguna di negara ini.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, data berkenaan dijual di sebuah forum penggodaman antarabangsa dengan nilai antara RM8,000 hingga RM30,000 bagi setiap set data.

“Ia merangkumi pengguna di 84 buah negara termasuk di negara ini di samping pengguna di Amerika Syarikat (AS) berjumlah 32 juta serta beberapa negara lain.

SET data yang dijual di platform antarabangsa. FOTO Ihsan pembaca.

“Data pengguna berkenaan selalunya digunakan untuk taktik pancingan data pengguna atau ‘Phishing’ supaya penggodam dapat lebih banyak maklumat pengguna.

Waspada rakyat Malaysia, data whatsapp anda dah dijual di platform antarabangsa

Menurutnya, pengguna untuk platform WhatsApp berkenaan berjumlah lebih dua bilion di seluruh dunia dan pengguna aktif sekali gus insiden kebocoran data berkenaan menimbulkan tanda tanya berhubung tahap keselamatan sistem pelayan mesej popular itu.

“Ini adalah salah satu bentuk pancingan data (Phishing) dan pengguna perlu sentiasa peka supaya tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak dikenali menyamar sebagai kenalan kita.

“Peranan pengguna sangat penting dalam mendepani ancaman siber ini supaya tidak mudah menjadi mangsa dan tidak mengharapkan 100 peratus kepada pihak berkuasa semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun, penjual data berkenaan tidak menjelaskan bagaimana set data itu diperoleh namun hanya memaklumkan bahawa ia adalah strategi tertentu yang digunakan untuk memperoleh data berkenaan.

Sehingga kini, platform berkenaan masih tidak memberi maklum balas berhubung insiden terbabit.

BACA:

Tular video Faizal Tahir ajar mualaf lafaz Syahadah, sejuk hati tengok

Niezam Zaidi luah perasaan bila jadi ahli Tabligh, “tak sangka..”

Bangga! Doktor dari Malaysia cipta hijab dipakai di hospital UK

CATEGORIES