Waspada! 5 ubat batuk terkenal ini tidak didaftar di Malaysia. Lima produk ubat batuk yang diharamkan penggunaannya di Indonesia susulan kematian 99 kanak-kanak tidak didaftarkan di negara ini.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Norhaliza A Halim berkata, semakan lanjut ke atas laman sesawang Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia, www.pom.go.id mendapati lima produk sirap iaitu Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops dikesan mengandungi ethylene gycol melebihi had dibenarkan.
“Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati bahawa kelima-lima produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin.
“KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya.
Rabu lalu, Indonesia mengumumkan pengharaman semua sirap, preskripsi ubat cecair dan penjualan di kaunter susulan kematian hampir 100 kanak-kanak akibat buah pinggang akut (AKI) tahun ini.
Larangan berkenaan dibuat ketika pihak berkuasa kesihatan negara di Asia Tenggara itu menyiasat peningkatan yang tidak dapat dijelaskan sejak Januari berhubung jumlah kematian kanak-kanak akibat penyakit berkenaan.
Sehingga kini, 99 kanak-kanak meninggal akibat AKI.
BACA:
Sweet Qismina kini sah isteri kepada Adam Lee
Nabil, Jihan dan Kak Lina akan bergabung
Kecoh satu highway! Perompak ni selamba lempar beg berisi wang atas jalan