Waspada 17-20 januari ini, hujan lebat bakal landa Malaysia

Waspada 17 20 januari ini hujan lebat bakal landa Malaysia

Waspada 17-20 januari ini, hujan lebat bakal landa Malaysia. Ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh yang agak panjang diramal berlaku di Sabah serta tengah dan utara Sarawak pada 17 hingga 20 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Helmi Abdullah berkata, ini disebabkan penumpuan angin yang diramal berlaku di kawasan itu pada tempoh tersebut.

Jelasnya, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di barat Semenanjung.

Bagaimanapun pihaknya ti­dak dapat meramalkan kebarangkalian gelombang baharu banjir yang akan menimpa biarpun negara masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut.

“Keadaan penumpuan angin tersebut berpotensi menghasilkan ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh panjang,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia.

Waspada 17 20 januari ini hujan lebat bakal landa Malaysia

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan pada 18 hingga 20 Januari ini.

Terdahulu MetMalaysia melaporkan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut sehingga Mac tahun ini, empat hingga enam episod luruan monsun dijangkakan berlaku.

Sehubungan itu, ia akan me­ngundang berlakunya kejadian ombak besar serta laut bergelora di Laut China Selatan.

Dalam laporan MetMalaysia sebelum ini, beberapa siri hujan lebat dijangka berlaku terutama di pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan utara Sabah.

Ketua Komunikasi Korporat Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA), Nur Daliza Dohat berkata, ia agak sukar untuk membuat anggaran kerugian yang akan dihadapi mangsa jika berlakunya gelombang baharu banjir dalam masa terdekat ini.

BACA: 

Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa ‘one to one’

Lelaki berjaya buka kafe sendiri selepas setahun jadi barista, “lokasi pulak tersorok..”

CATEGORIES