Warga Shah Alam dibantu tanpa prejudis, UMNO usah bermain politik murahan

Warga Shah Alam dibantu tanpa prejudis, UMNO usah bermain politik murahan

Sengaja saya biarkan status Azhari Shaari berlegar lama sikit tanpa diusik sebab saya nak jawab dakwaan murahan dia ni selepas berbuka. Saya baca sambil tersenyum kerana melihat begini rupanya kedangkalan dia dalam berpolitik.https://www.facebook.com/AzhariShaariOfficial/posts/1719330304907799

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana dalam status Ketua Bahagian UMNO Shah Alam ni tiada langsung dia sentuh pengundi Shah Alam tidak menerima bantuan. Ini secara tidak langsung menunjukkan bantuan telah sampai ke golongan sasaran. Terima kasih sekali lagi.

Untuk makluman Azhari, di Shah Alam terdapat hampir 900,000 penduduk dan bantuan yang diberikan mengikut pada senarai yang telah ada sebelum ini dan senarai yang diberikan oleh wakil-wakil penduduk seperti Ketua Kampung, JMB dan lain-lain kepada Pejabat Parlimen Shah Alam.

Dengan senarai nama yang ada sebelum ini telah juga dipecahkan mengikut DUN iaitu di DUN Kota Anggerik di bawah YB Najwan Halimi dan DUN Batu Tiga di bawah YB Rodziah Ismail. Hikmah Covid-19 ni apabila banyak NGO yang turun membantu warga Shah Alam dan jentera kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi Pakatan Harapan melalui PBT dan PeBT turut bersama-sama membantu dalam memastikan warga Shah Alam tidak terputus bekalan makanan.

Menjawab dakwaan murahan Azhari, saya nak bertanya dengan hampir 900,000 penduduk, bagaimana sumbangan hendak diberikan kepada semua? Saya rasa Azhari sendiri pun tidak mampu untuk memberikan kepada semua. Rekod UMNO pegang Shah Alam sebelum ini pun hanya kepada golongan sasaran dalam senarai dan kroni.

Sejak tahun 2008 lagi YB Khalid Samad – Ahli Parlimen Shah Alam terpaksa mengeluarkan duit sendiri apabila Barisan Nasional sebelum ini 2008 – 2017 dan kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sekarang menyekat peruntukan dalam kawasan Parlimen Shah Alam.

Jika Azhari kata orang luar tidak dibantu itu tuduhan yang tidak berasas dan dakwaan murahan. Saya sendiri (sebagai contoh) memberikan bantuan daripada Pejabat Parlimen Shah Alam kepada rakyat negeri Terengganu yang menetap di rumah kedai di Seksyen 13 Shah Alam pada 12 April 2020.

Pejabat Parlimen Shah Alam melalui beberapa orang kakitangan telah dihubungi hampir setiap hari oleh warga Shah Alam dan butiran yang diberikan akan dimasukkan di dalam sistem dan diselaraskan mengikut DUN.

Pejabat Parlimen Shah Alam tidak pernah bias kepada mana-mana individu kerana bantuan yang diberikan tidak mengikut parti politik atau pun kroni seperti mana menjadi amalan UMNO sebelum ini. Bantuan yang diberikan oleh YB Khalid Samad melalui Pejabat Parlimen Shah Alam terbuka kepada semua.

Sumbangan Bakul Makanan oleh Menteri – Dato’ Seri Rina Harun telah pun diberikan kepada BERSATU Shah Alam dan saya yakin sumbangan telah pun sampai kepada golongan sasaran. Dan bagi YB Khalid Samad sendiri pun bagi saya tiada masalah, inilah yang dipanggil “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” asalkan warga Shah Alam dibantu. Terima kasih dan tahniah BERSATU Shah Alam.

Dalam isu Rohingya perlu dilihat lebih awal, bila yang mereka tiba dan siapa yang memberikan kebenaran awal. Jangan lupa, bukan ke Azhari sendiri yang turun mengiringi Najib Razak dalam pelancaran “Food For Flotilla Rohingya” pada 17 Februari 2017. Saya rasa tak perlu Azhari nak cakap pasal Rohingya kerana ia ibarat meludah langit terkena muka sendiri.

Abdul Razak Bin Nordin
Naib Ketua Pemuda
Amanah Shah Alam

Sumber:

COMMENTS