Wany Hasrita dan ibu pula positif Covid-19

Wany Hasrita dan ibu pula positif Covid 19

Wany Hasrita dan ibu pula positif Covid-19. Lebih dua tahun terhindar daripada dijangkiti virus Covid-19, penyanyi Wany Hasrita akhirnya terpaksa reda apabila dirinya kini menjadi sebahagian daripada angka peningkatan kes baharu jangkitan wabak tersebut.

Menerusi hantaran terbaru dalam InstaStory, Wany, 30, menyatakan, bukan hanya dia ijangkiti virus tersebut, tetapi ibunya turut disahkan positif.

“Hai, Assalamualaikum semua. Hari ini, saya sepatutnya ada majlis makan tengah hari bersama media untuk single terbaharu, Ku Cuma.

“Tetapi, apakan daya, saya tidak dapat pergi kerana positif Covid-19 untuk pertama kalinya. Akhirnya, saya sedang menjalani kuarantin di rumah bersama ibu.

“Ibu baru lepas sihat dan saya masih ada batuk-batuk dan selesema serta yang demam ‘on and off’.

Wany Hasrita dan ibu pula positif Covid-19

“Salah satu lagi simptom saya adalah cirit-birit,” katanya yang tidak berkongsi butiran lanjut mengenai punca dia dan ibunya dijangkiti virus tersebut.

Terdahulu, pelantun lagu hit Menahan Rindu bawah naungan syarikat FMC Music itu sepatutnya dijadualkan hadir pada acara santai bersama beberapa artis lain tengah hari ini, namun tidak dapat berbuat demikian.

BACA:

Covid-19 : KKM umum varian baru pula, lebih cepat merebak dan berbahaya

Kj beri amaran gelombang baharu Covid-19 datang dalam waktu terdekat

Jihan Muse dapat tahu hamil ketika positif covid-19

CATEGORIES