Seorang remaja di Indonesia menarik perhatian pengguna media sosial
selepas terpaksa membatalkan perkahwinan kerana kematian calon suaminya, lapor Wolipop.
Berita sedih itu dikongsi di TikTok oleh akaun @mocici_ bulan lalu.
Rakaman yang dimuat naik menunjukkan
pasangan itu di atas pelamin, diikuti paparan surah Yasin dengan nama, wajah, tarikh lahir dan tarikh kematian calon suaminya.
Video itu mencatatkan lebih 5.9 juta tontonan dan pelbagai reaksi netizen. Ada yang bertanya bagaimana untuk melanjutkan kehidupan dalam keadaan sebegini,
dan ada yang tidak dapat membayangkan rasa sakit serta derita yang dihadapi oleh remaja tersebut.
BACA; Pensyarah universiti meninggal dunia lepas tutup pagar rumah ketika banjir