wanita terlepas ‘goodies’ kenduri gara-gara tidak hulur duit ‘salam kaut

Oleh INFORAKYAT

Cenderahati atau goodies di majlis perkahwinan adalah amalan yang telah lama diamalkan

. Pada era 80-an dan 90-an, goodies biasanya diletakkan di atas meja makan untuk tetamu semasa mereka menjamu selera.

Namun kini, pemberian goodies sering dilakukan semasa tetamu bersalaman dengan tuan rumah,

sama ada dalam bentuk bunga telur, makanan ringan, atau barangan kecil lain.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya di media sosial setelah menghadiri beberapa majlis perkahwinan tanpa memberikan wang semasa salam kaut.

wanita terlepas ‘goodies’ kenduri gara-gara tidak hulur duit ‘salam kaut

Dia yang membawa hadiah untuk pengantin terkejut dan terkilan apabila tidak menerima sebarang goodies di lima majlis perkahwinan yang dihadirinya.

“Sekarang kalau kita pergi kenduri kahwin dan bagi hadiah saja, tak bagi duit salam kaut memang tak dapat goodies?” keluhnya, menyedari perubahan amalan tersebut.

Intai tangan sebelum hulur goodies
Wanita itu juga meluahkan rasa terkejut apabila mendapati ada tuan rumah yang memeriksa tangan tetamu sama ada mereka memberi wang semasa bersalaman.

“Di satu majlis, saya salam dengan ibu pengantin. Dia intai tangan saya untuk lihat sama ada ada duit, walaupun dia sudah nampak saya letakkan hadiah di meja. Akhirnya saya tak dapat goodies,” tambahnya.

Bukan tamak, hanya anak kecil teringin
Wanita itu menjelaskan, dia bukanlah terlalu mengharapkan goodies, tetapi berasa sedih kerana anak kecilnya kecewa melihat tetamu lain menerima goodies sedangkan mereka tidak.

“Nanti ada yang cakap saya tamak nak goodies, tapi kalau ada anak kecil, mereka pasti teringin memegang seperti orang lain,” jelasnya.

Pandangan warga maya
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai warga maya berkongsi pengalaman serupa.

“Sebelum ni, saya pergi majlis kahwin kawan. Masa nak balik, mak pengantin hulur goodies. Bila saya cakap dah letak hadiah di meja, dia terus tarik balik goodies. Sampai sekarang rasa kecil hati,” kongsi seorang netizen.

“Jemput orang makan, tapi harapkan duit orang. Tak malunya perangai,” komen seorang lagi.

Walaupun ada yang mengakui ini sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah tuan rumah untuk menjimatkan kos, ada yang masih memegang tradisi lama dengan memberi goodies tanpa mengira sama ada tetamu memberi wang atau hadiah.

baca: Hamidin umum tak pertahan jawatan Presiden FAM