Wanita terawal melancong dedah pengalaman, Langkawi masih sunyi sepi

Bermula 16 September lalu, kerajaan telah membenarkan individu lengkap dua dos vaksin melancong ke Pulau Langkawi sempena projek rintis Gelembung Pelancongan. Pengunjung yang berhasrat ke Langkawi diwajibkan untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum dibenarkan berangkat.

Walaupun sudah dibenarkan melancong, terdapat segelintir netizen yang masih ragu-ragu untuk keluar rumah. Mereka bimbang jika tercetusnya kluster baharu hasil daripada aktiviti pelancongan itu.

Sebagai salah seorang pengunjung terawal ke Langkawi, wanita ini mendedahkan keadaan sebenar di situ. Wanita yang dikenali sebagai Zietie Shadean ini menafikan dakwaan Langkawi sesak dengan kehadiran pengunjung.

Wanita terawal melancong dedah pengalaman, Langkawi masih sunyi sepi

Katanya lagi, sepanjang berada di sana, banyak tempat yang dikunjunginya kosong. Ini termasuklah di lapangan terbang, kedai makan, jeti, pantai dan tempat membeli belah.

Ujarnya, cerita negatif yang ditularkan di media sosial telah memberi kesan kepada peniaga. Apabila cerita tular, ramai pengunjung takut untuk ke Langkawi.

langkawi

Dia berpendapat, apabila negara sudah berada dalam fasa endemik, orang ramai hendaklah membiasakan diri dengan keadaan dan norma baharu ini. Apa yang penting, pengunjung sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan kerajaan seperti menjaga jarak, memakai pelitup muka dan mencuci tangan.

Perkongsian penuh pengalaman di Langkawi

Berita Penuh : https://ohmedia.my/trending/banyak-tempat-saya-pergi-sunyi-wanita-kongsi-pengalaman-ke-langkawi/

BACA JUGA : Anak bunuh ibu kerana berang dimarahi asyik tengok televisyen

CATEGORIES