Wanita ‘tak pernah salah’ terhantuk tiang kereta api Thailand

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang wanita dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius selepas kepalanya terhantuk tiang ketika berpaut di tangga kereta api yang sedang bergerak.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan berada di dalam gerabak kereta api sebelum bertindak

keluar dari pintu yang terbuka. Dia kemudiannya melangkah keluar dari kabin dan bersandar ke luar sambil memegang bar hendal kereta api dengan kedua-dua tangan.

Beberapa saat kemudian, kepalanya terlanggar beberapa tiang di luar kereta api, menyebabkan dia gagal menyeimbangkan badan dan hampir jatuh.

Wanita 'tak pernah salah' terhantuk tiang kereta api Thailand

Walau bagaimanapun, wanita itu masih memegang bar hendal kereta api sebelum rakaman video tersebut berakhir.

Kereta api itu meneruskan perjalanan selepas insiden tersebut.


Menurut catatan di Facebook rasmi State Railway of Thailand (SRT), insiden itu berlaku pada 5 Ogos lalu, jam 3.15 petang, ketika sebuah kereta api meninggalkan stesen Ban Ton Don di Phatthalung dan menuju ke Nakhon Si Thammarat.

Wilayah Phatthalung terletak kira-kira 850 kilometer dari ibu kota Bangkok.

Pihak SRT memaklumkan bahawa kereta api itu bergerak pada kelajuan rendah ketika kejadian kerana ia baru sahaja berlepas dari stesen. Wanita tersebut mengalami bengkak di kepala dan dibawa ke Hospital Phatthalung.

X-ray menunjukkan tiada kecederaan serius dan wanita itu dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

BACA: ‘Orang lain merungut isteri membebel tapi isteri aku senyap je, sebab perangai isteri macam ni, aku terjebak dengan perempuan lain’