Wanita PKR terus berjuang walau pemimpin bertukar ganti

Wanita PKR terus berjuang walau pemimpin bertukar ganti

Saya ingin menjawab penulisan yang mengatakan kononnya wanita PKR akan karam tanpa Zuraida/Hasniza Talha/Dr Daroyah adalah tidak benar.

Mereka syak sendiri dan masih ego dengan sikapnya yang suka melawan presiden parti. Jangan lupa daratan bahawa kamu berada dalam jawatan sekarang kerana perjuangan Dsai lah maka kamu dipilih sebagai wakil rakyat untuk melaksanakan amanah pkr. Tapi malangnya kamu lah punca perpecahan dalam pkr dan kami bersyukur kerana pengkhianat telah disingkirkan dari parti

Kamu juga langsung tidak menghargai mandat ahli yang telah memilih kamu tetapi malangnya kamu tidak pernah hadir mesyuarat MPP kecuali setelah Zuraida dan Azmin dipecat maka mula menunjukkan muka dalam mesyuarat MPP.

Saya akan menjawab tulisan memperkecilkan wanita kononnya tanpa Zuraida/Hasniza/Dr Daroyah wanita tidak karam dan tetap maju ke hadapan:-

1. Memang benar wanita dan AMK adalah sayap kepada pkr yang berjuang dalam satu pasukan dan bukannya parti dalam parti seperti geng kartel

2. Pemimpin wanita dipecat dan digantung kerana telah khianat kepada pkr. Lembaga disiplin bertindak paling tepat dan jangan biarkan musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Ini semua angkara
Zuraida dan Azmin sebagai dalang maka PH tumbang.

3. Tindakan beberapa orang pemimpin wanita berjumpa Azmin Ketua Pengkhianat memang tidak boleh dimaafkan. Kamu dari awal lagi menunjuk taring dengan tidak menghormati dan biadap kepada presiden.

4. Tindakan memecat Zuraida dan menggantungkan jawatan Hasniza Talha dan Dr Daroyah itu tindakan yang bijak. Pkr tidak rugi pun kehilangan kamu disebaliknya suluhlah diri kamu sendiri di mana kamu nanti. Rakyat akan menghukum kamu nanti. Jika kamu hebat sangat teruskan dalam Perikatan Nasional yang dikenali kerajaan pintu belakang bersama pengkhianat.

5. Pemimpin pergi pasti ada penggantinya jangan bimbang ini lumrah dalam mana-mana parti politik. Wanita pkr tetap bersemangat meneruskan perjuangan dari rakyat untuk rakyat. Bukannya diumpan dengan projek oleh geng kartel. Apabila pengkhianat berada di luar pkr maka memudahkan kami menyusun barisan baru wanita untuk mengambil alih pimpinan wanita baru demi untuk menyokong perjuangan reformasi yang diasaskan oleh Dsai.
Insya Allah patah tumbuh hilang berganti.
Pkr tetap maju ke hadapan. Nakhoda pkr yang baru akan diganti. Tanpa pengkhianat wanita tidak karam disebaliknya pengkhianat yang akan lemas dan terus karam.

Salam Perjuangan

Monaliza Mokhtar
Exco Keadilan Wanita.

Sumber:

COMMENTS