Wanita OKU viral jual burger di tiktok rupanya anak saudara bekas Menteri Agama

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Orang kurang upaya (OKU), Jaheerah Nadzri, 29, yang mesra dengan panggilan Eerah

kini popular di aplikasi TikTok dengan mempunyai hampir 540,000 pengikut.

Kekurangan diri bukan penghalang buat wanita ini berkongsi aktiviti harian sebagai penjual burger dan solekan nipis

Wanita OKU viral jual burger di tiktok rupanya anak saudara bekas Menteri Agama

selain beriadah ditemani bapa tercinta, Nadzri Abd Majid, 66.

Eerah yang menghadapi masalah pembelajaran, aktif dalam perniagaan apabila menjana pendapatan sendiri dengan menjual kudapan cornflakes madu dan kini aktif membuka gerai burger di Kota Warisan Sepang.

Video Eerah yang memasak burger menarik lebih 13.9 juta tontonan.

Ramai pengikut TikTok Eerah kagum dengan kegigihan wanita tersebut dalam mencari rezeki tanpa mengharapkan ehsan orang.

@jaheerahnadzri94 Terima kasih akak @bysarra153 beri hadiah kat eerah… semoga akak dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT…. Aamiin Ya Rabbal Alamin 🥰 #tiktok #biargmbarbebicara #luarbiasa #tiktokmalaysia #viral #terimakasih ♬ Promosi – Satria Petir

Malah ramai juga yang mendoakan perniagaan diusahakan wanita tersebut, dibantu bapa terus berjaya.

Selain memberikan sokongan moral, pengguna media sosial turut meminta orang ramai menyokong perniagaan wanita OKU tersebut.

Kisah Eerah sebelum ini pernah disiarkan Sinar Harian sekitar Januari lalu ketika dia baru beberapa bulan membuka kedai burger.

Eerah merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga menyebabkan bapanya sangat menjaga keperluan puterinya itu.

Bapanya, Nadzri berkata, dia sememangnya menggalakkan anaknya untuk bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang kerana lebih tahu tahap keupayaan anaknya itu.

Katanya, dia senantiasa memberikan sokongan dan sentiasa menemani anaknya kerana Eerah masih perlu dibantu dalam setiap pekerjaan kerana keadaannya yang tidak seperti orang lain.

“Dia tidak pernah makan gaji sebab tiada kelulusan tapi yang utama disebabkan keadaan fizikalnya yang memerlukan bantuan orang sekeliling.

“Susah untuk lepaskan dia bekerja kerana dia tidak boleh buat kerja berat, itu sebab saya tidak benarkan dia bekerja dengan orang kerana saya tahu kemampuannya,” katanya.

Katanya, sebagai bapa dia mengharapkan yang terbaik buat Eerah dan berharap wanita itu mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang satu hari nanti.

“Dia ada masalah pengangkutan kerana tidak boleh bawa kenderaan sendiri, untuk berkomunikasi dengan orang pun payah.

“Jika pak cik dah tak ada, harap ada jodoh yang boleh jaga dia. Kalau dia boleh berdikari cari pendapatan, ada rumah sendiri pun pak cik dah lega,” katanya.

Nadzri berkata, dia juga kerap berpesan kepada anak-anak yang lain untuk menjaga kebajikan Eerah apabila dia sudah tidak ada.

“Misal kata umur tak panjang, mungkin abang dia boleh tengok-tengokkan dia,” katanya.