Seorang ibu muda di Thailand terpaksa menempuh perjalanan sejauh 450 kilometer bersama anaknya yang berusia 8 bulan selepas diusir oleh ibu mertuanya, lapor ThairathTV.
Kisah ini mendapat perhatian ramai selepas ditemui oleh wartawan tempatan.
Wanita berusia 30 tahun itu dilihat menunggang motosikal Honda Wave merah
Tanpa plat nombor, dengan barang-barangnya yang diikat pada bahagian belakang motosikal.
Anak kecilnya pula diletakkan dalam carrier bayi yang diikat kemas di hadapan.
Ketika ditemui wartawan di kawasan Prachin Buri sekitar jam 4.30 petang, ibu muda ini berkata bahawa destinasinya adalah Chonburi,
yang bermakna beliau masih mempunyai baki perjalanan sejauh 150 kilometer lagi. Wanita itu memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi dari Chaiyaphum, kira-kira 300 kilometer dari tempat mereka ditemui.
Dengan hanya baki 500 baht (sekitar RM60), beliau menolak sebarang bantuan wang yang ditawarkan oleh wartawan. Menurutnya, keputusan untuk meninggalkan rumah itu adalah akibat pertelingkahan besar dengan ibu mertuanya.
Difahamkan, pasangan ini pada mulanya bekerja di Chonburi dan meninggalkan anak mereka di bawah penjagaan ibu mertua. Namun, keadaan menjadi rumit apabila adik iparnya terlibat dalam kemalangan serius yang memerlukan pembedahan otak. Akibatnya, ibu mertua terpaksa menjaga anak kecil dan adiknya yang masih dalam pemulihan pada masa yang sama.
Sebagai seorang isteri yang prihatin, wanita ini memutuskan untuk berhenti bekerja demi membantu ibu mertuanya yang kini memikul beban berat.
Namun, tekanan hidup dan tanggungjawab yang semakin bertambah membuatkan ibu mertua sering melampiaskan kemarahannya kepada menantunya.
Setelah menceritakan masalah ini kepada suaminya, suaminya cuba menenangkan keadaan dengan bertindak sebagai orang tengah. N
amun, campur tangan suaminya itu menimbulkan kemarahan ibu mertua, yang akhirnya memberi kata putus kepada menantunya untuk meninggalkan rumah jika tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut.
BACA: Bilik aircond Nasi Lemak Wanjo kena caj RM1, lain pula jadi bila KPDN respon