Wanita menang pampasan RM157,266 gara-gara dipecat kerana hamil 8 minggu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang ibu di Britain telah menerima pampasan lebih £28,000 (RM157,266) daripada tribunal pekerjaan

selepas dipecat kerana hamil, lapor portal berita Daily Record semalam.

Nikita Twitchen dijadualkan kembali bekerja selepas cuti bersalinnya berakhir,

namun firma perkhidmatan pembinaan, First Grade Projects, memecatnya kerana dia hamil lagi.

Nikita dipecat ketika kandungannya berusia lapan minggu.

Wanita menang pampasan RM157,266 gara-gara dipecat kerana hamil 8 minggu

Tribunal pekerjaan mendengar bahawa dalam satu pertemuan dengan pengarah urusan syarikat itu, Jeremy Morgan, beliau bersetuju untuk Nikita kembali bekerja.

Namun, menjelang akhir pertemuan mereka, Nikita mendedahkan bahawa dia hamil lagi, dan selepas itu, majikan tidak menghubunginya untuk mengesahkan kepulangannya bekerja.

Dia mengharapkan untuk kembali bekerja pada 3 April lalu, tetapi Morgan kemudian menghubunginya dan memberitahu bahawa syarikat mengalami masalah kewangan dan khidmat Nikita tidak lagi diperlukan.

Hakim Robin Havard dalam penghakimannya memutuskan bahawa Nikita dipecat secara tidak wajar dan dianugerahkan pampasan sebanyak £28,706 (RM161,263).

BACA: Ganti Joko Widodo, bekas jeneral Presiden baharu Indonesia