Wanita malu dengan bakal suami ada parut saiz duit 5 sen dekat betis ,takut tak boleh terima

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Menghitung hari menuju ke gerbang perkahwinan sememangnya membuatkan hati mana-mana bakal pengantin berdebar.

Namun, rasa berdebar itu kadangkala menjadi berlebihan, sehingga menimbulkan dilema untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Bagi seorang wanita berusia 27 tahun, hatinya kini berbolak-balik tentang keputusan untuk meneruskan perkahwinan akibat masalah parut yang terdapat pada anggota badannya.

“Aku sangat terdesak nak cari jalan penyelesaian. Aku akan berkahwin lagi tujuh bulan,” luahnya menerusi satu hantaran di laman X.

Sejak kecil, wanita ini mengakui dirinya aktif, sehingga menyebabkan banyak parut, terutamanya pada bahagian kaki.

Wanita malu dengan bakal suami ada parut saiz duit 5 sen dekat betis ,takut tak boleh terima

“Kalau tengok, dah macam duit syiling lima sen penuh kedua-dua belah betis,” tambahnya lagi.

Walaupun sudah mencuba pelbagai produk untuk menghilangkan parut tersebut, hasilnya tetap mengecewakan. Keadaan ini membuatkan dia hilang keyakinan, lebih-lebih lagi menjelang hari istimewanya yang semakin hampir.

“Kalau sikit parut tu aku masih boleh bertolak ansur, tapi ini penuh betis,” katanya, menzahirkan kerisauannya.

Lebih memburukkan keadaan, dia mula berfikir untuk membatalkan perkahwinan kerana rasa malu terhadap bakal suaminya. “Aku insecure sangat. Sampai satu tahap, aku rasa tak nak kahwin. Nak batalkan majlis sebab malu sangat dengan bakal suami. Aku buntu, tak tahu nak buat apa lagi,” luahnya dengan penuh kekeliruan.

Warga Maya Simpati, Cadang Rawatan Moden

Hantaran itu mengundang perhatian ramai di media sosial. Kebanyakan warganet bersimpati dan memberi cadangan agar wanita tersebut mempertimbangkan rawatan moden seperti laser untuk mengatasi masalah parutnya.

“Kalau parut dah bertahun tu pergi jumpa doktor je lah. Krim atau sebarang minyak dah tak function dah rasanya,” komen seorang pengguna.

Ada juga yang mencadangkan agar dia menggunakan wang hantaran untuk menanggung kos rawatan itu. ”

Kalau dari kecil dah berparut macam tu dan sekarang kau dah 27 tahun tapi parut masih tak hilang, jawapannya kena pergi rawatan laser,” tambah seorang lagi pengguna.

Walaupun isu ini nampak kecil, keyakinan diri memainkan peranan penting dalam kebahagiaan seseorang, terutamanya menjelang hari yang dinanti-nantikan.

Bagaimanapun, membatalkan perkahwinan bukanlah penyelesaian terbaik. Diharapkan wanita ini dapat mencari jalan untuk mengatasi masalahnya dengan sokongan bakal suami serta mereka di sekelilingnya.

BACA: Pakar haiwan dedah sebab apa kucing suka ‘palau’ bila dipanggil, padahal tahu nama mereka