Wanita lantang anti pelitup muka, tolak vaksin maut kerana Covid-19

Wanita lantang anti pelitup muka, tolak vaksin maut kerana Covid-19. Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini lantang dengan pendirian antipelitup muka serta antivaksin, meninggal dunia kerana Covid-19.

Independent UK melaporkan Kristen Lowery, 40, ibu empat anak masih bersekolah di California.

Menerusi hantaran di Facebook (FB), Lowery menyatakan dirinya sebagai pemikir bebas yang tidak memakai pelitup muka, tidak tertipu, tidak divaksinasi dan tidak takut.

WANITA

BACA JUGA : Keluarga Altantunya berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan

Dalam satu gambar dimuat naik, Lowery menunjukkan tanda protes.

Bagaimanapun, bulan ini, adiknya memuat naik status menyatakan Lowery dimasukkan ke hospital kerana jangkitan Covid-19.

“Kakak saya, Kristen, berada di hospital berjuang melawan Covid -19 dan mengalami radang paru-paru.

BACA JUGA : “Menteri Pas perlu sedar, jangan ketepi prinsip”, tegur veteran Pas berhubung isu judi

“Kami memerlukan kamu di sini. Anak-anak kamu sangat menyayangi dan merindui kamu. Jangan berputus asa,” katanya.

Adik perempuan itu juga memberi ‘amaran’ dalam perkongsiannya di FB itu.

“Saya tidak peduli dengan pendapat anda mengenai vaksin atau tidak. Ini bukan politik,” katanya.

BACA JUGA : Kes rasuah : Rosmah gagal permohonan di mahkamah

Namun, pada 15 September, beberapa ahli keluarga mengumumkan Lowery meninggal dunia.

Susulan itu, kutipan derma menerusi platform dalam talian GoFundMe dilancarkan untuk membiayai urusan pengebumiannya.

“Anak saudara saya yang cantik tewas dalam pertarungan melawan Covid-19,” tulis ibu saudaranya.

Insiden itu satu daripada contoh kes kematian berlaku kerana tindakan segelintir rakyat AS menolak vaksin Covid-19.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/09/758574/pemikir-bebas-tolak-vaksin-maut-kerana-covid-19

CATEGORIES