Kesederhanaan metodenya memukau banyak orang yang mendengarnya,
kerana seringkali solusi untuk masalah sehari-hari seperti bau tandas yang tidak sedap terasa sangat kompleks.
Dengan bantuan dari dua bahan yang mudah ditemukan di rumah, ia mengungkapkan rahasia untuk menghilangkan bau yang tidak diinginkan.
Wanita kongsi tips, tandas jadi wangi, dan lipas lari
Bukan hanya wanita, bahkan lipas yang kerap muncul di bilik mandi pun terkesan dan dengan cepat berlari menjauh karena bau yang begitu wangi.
BILIK air merupakan ruang paling penting dalam sesebuah kediaman kerana di situlah tempat untuk membersihkan diri mahupun bersiap.
Jadi untuk mengekalkan keharuman ruangan kecil itu bukanlah satu hal yang mudah.
Ada masanya bilik air tetap mengeluarkan bau kurang menyenangkan walaupun sudah dibersihkan dua hingga tiga kali seminggu.
Bagi memastikan bilik air kekal wangi sepanjang masa, bolehlah cuba tip mudah ini.
Azlin menggunakan pelembut pakaian dan ubat gegat.
Tak perlu beli pewangi berjenama, sebaliknya hanya gunakan dua bahan yang ada di dalam rumah sahaja.
Dengan menggunakan kaedah ini, segala bau yang kurang menyenangkan boleh diserap.
Bukan sahaja boleh mewangikan bilik air, ia juga boleh berfungsi menghalau lipas.
Berikut antara idea yang dikongsikan oleh seorang wanita yang suka menghasilkan pewangi buatan sendiri (Do It Yourself), Azlin Alias di TikTok.
Bahan-bahan:
1. Pelembut pakaian
2. Ubat gegat
3. Bekas lilin atau bekas kosong yang bersesuaian
Azlin menunjukkan cara dan bekas digunakan untuk diletakkan pada sudut bilik air.
Cara membuat:
1. Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin
2. Tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.
3. Letakkan di sudut bilik air.
Walaupun nampak mudah dan senang untuk dilakukan, anda masih perlu berjaga-jaga.
Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil di rumah, pastikan pewangi ini diletakkan di kedudukan tinggi.
Bukan apa, bimbang jika mereka termakan akibat tersalah sangka bahawa ubat gegat merupakan gula-gula kerana warnanya yang menarik.