Biasanya kalau tengok siaran langsung di media sosial mesti selalu nampak orang jual paru goreng ‘crispy’, dengar mereka makan, mula rasa terliur.
Tapi sebekas tu tak tahan lama, tambahan pula dah rasa macam makan snek, tanpa nasi pun laju sahaja makan.
Seorang pengguna Facebook, Norlela Abdullah memuat naik resipi tersebut menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
“Akhirnya dapat buat paru goreng crispy. Selalu anak-anak beli sebekas sampai RM30.
Kawan-kawan boleh jadikan pendapatan sampingan kalau rajin.”
Resipi paru goreng ‘crispy’
Bahan-bahan:
- Paru
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Serbuk ketumbar
- Serbuk jintan manis
- Serbuk jintan putih
- Serbuk cili
- Tepung beras
- Garam
- Ajinomoto
Cara-cara:
Rebus paru.
Sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang nak hiris bila dah keras.
Kalau hiris tanpa dimasukkan dalam chiller susah nak hiris nipis.
Hiris senipis mungkin dengan pisau tajam.
Blend semua bahan dengan sedikit air.
Gaul dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
Bila dah agak masak boleh kecilkan api.
Pastikan paru dah agak keras seperti kerepek baru angkat. Kalau tak nanti tak crispy.
Selamat mencuba!
Baca juga: