Wanita kongsi petua orang lama turunkan kolestrol, tak sangka bahan ada dekat dapor

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kacang bendi adalah sejenis sayur-sayuran yang cukup digemari oleh segenap masyarakat Malaysia selain sangat mudah didapati di pasaran dengan harga terjangkau.

Namun siapa sangka, bendi yang merupakan tanaman di kawasan beriklim tropika dan berhawa sederhana ini

Boleh memberikan banyak manfaat terutama kepada kesihatan tubuh manusia.

Tahukah anda selain enak untuk dimakan, antara khasiat terkandung di dalam kacang bendi ini adalah serat iaitu nutrisi yang boleh membantu dalam menurunkan bacaan kolestrol.

Oleh sebab itulah kacang bendi dipercayai boleh menjadi rawatan alternatif untuk menurunkan kolestrol namun sayuran tersebut perlulah dijadikan air rendaman terlebih dahulu.

Wanita kongsi petua orang lama turunkan kolestrol, tak sangka bahan ada dekat dapor

Merupakan petua orang tua, berikut adalah keadah untuk menyediakan air rendaman kacang bendi dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Salmah Muhamad menerusi satu hantaran di Facebook.

1. Sediakan 10 hingga 15 batang bendi bersama satu liter air.

2. Basuh kacang bendi dan dan sejatkan sayur itu di dalam penapis.

3. Tunggu sehingga kering sebelum dipotong kepada bahagian kecil.

4. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam bekas minuman kegemaran anda. Kemudian masukkan air.

5. Simpankan air rendaman di dalam peti sejuk semalam sebelum mula diminum.

6. Air boleh ditambah semula jika berkurangan, namun seeloknya tidak lebih daripada 3 kali.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di sebuah kumpulan Facebook itu, Salmah memaklumkan bahawa air tersebut akan terasa lebih sedap dan segar selepas rendaman menjadi pekat serta likat.

Jelas Salmah dalam hantaran sama, petua orang lama itu mulanya hanya diamalkannya untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan badan dan juga kebas-kebas di bahagian kakinya.

Wanita itu bagaimanapun terkejut apabila air redaman bendi tersebut tidak hanya menyelesaikan masalah kebas di kaki, malah tahap kolestrol di dalam badannya juga mula menurun selepas diamalkan.

“Sebelum sarapan, minum. Kalau tak boleh habis semua sekali, minumlah sedikit demi sedikit sehinggalah habis. Minum sehari sekali sahaja juga sudah memadai. Mereka yang mengalami penyakit kencing manis juga boleh amalkan.

“Minumlah air rebusan kacang bendi ini dalam segelas, tiga kali sehari. Selain membantu menurunkan kadar kolestrol, kacang bendi juga mengandungi Asid Folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung.

“(Sayur ini juga berkhasiat untuk) ibu yang menyusukan bayi. Saya juga berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!” Akui wanita tersebut dalam hantaran yang sama.

Baca juga: Ini 4 tempat dalam Malaysia diambil dari nama penjajah, no.4 tu asalnya istana jadi gereja