Zaman sekarang urusan perkahwinan memang menelan belanja yang besar.Ada yang sampai pengantin kena buat pinjaman bank.
Lebih-lebih lagi kalu asyik nak kena ikut kehendak orang lain yang nak macam-macam supaya nampak grand dan up to date orang kata.
Tapi sebenarnya boleh sahaja bersederhana, yang penting matlamat utama menghalalkan hubungan dua hati berjalan mengikut syariat dan sah disisi agama.
Seorang wanita berkongsi pengalaman sendiri mengatur majlis pernikahan dan persandingan dengan cara paling bajet tapi sempurna.
Wanita-kongsi-kos-nikah-dan-sanding-paling-bajet,-total-RM4,000-termasuk-mas-kahwin 01
Assalammualaikum…
Saya nak share pengalaman saya buat persediaan majlis nikah sendiri.
Kalau boleh, sebaiknya elakkan campur tangan family banyak sangat.
Family boleh sahaja bagi nasihat dan pandangan,tapi sebolehnya pengantin sendiri yang buat keputusan.
Saya dan pasangan cuma buat majlis nikah dan jemput keluarga terdekat sahaja.
Majlis nikah terus buat sanding, so save bajet kat situ.
Sebab zaman sekarag ni banyak perlukan duit lebih-lebih lagi lepas nikah tu.
So saya dan pasangan decide untuk buat majlis kecil-kecil sahaja tak perlu grand sangat sebab nak simpan duit utk kehidupan selepas nikah kerana komitmen berumah tangga lebih hebat.
Alhamdulillah majlis kami berjalan lancar dan 100% guna duit simpanan tak ada berhutang kat mana-mana bank atau guna kad kredit.
Kitorang nikah hari Jumaat lepas asar.
Cuma order catering untuj 120 orang sahaja.
Menu (nasi putih, ayam masak merah, telur rebus, sayur acar timun, air bantung, air mineral) yg nie bajet RM10 seorang.
Baju nikah sepasang termasuk aksesori RM500 (lelaki dan perempuan).
Pelamin mini termasuk make up RM500.
Mas kahwin RM300.
Sewa Khemah RM300.
Goodies RM300.
So total bajet kitorang untuk majlis nikah catering (RM1200) + Baju nikah (RM500) + Pelamin mini dan make up (RM500) + khemah (RM300) + Goodies (RM300) + Mas Kawin (RM300) + cincin nikah (RM900) = RM4,000.
Kita sama-sama mudahkan yg wajib…
Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan lancar dan semoga jodoh berpanjangan hingga syurga.
Yang baru nak nikah, saya doakan semoga dpermudahkan segala urusan.
Jangan mudah rasa down. Semua dugaan pasti ada jalan penyelesaian. insyallah…
Baca :Cikgu pesan bawa gambar bunga rafflesia, lain pula jadi bila murid gunting RM10