Wanita kongsi cara buat sos Thai Lokching homemade, cukup rasa

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Menerusi perkongsian Puan Felinna Fattah di laman Facebooknya, dia ada kongsikan cara buat sos Thai homemade yang menjadi kesukaan anaknya.

Sos Thai ini sesuai dimakan bersama sosej bakar, sate ikan, sotong bakar dan lain-lain.

Menu ini sudah tentunya sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga. Jom cuba.

Wanita kongsi cara buat sos Thai Lokching homemade, cukup rasa

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cili besar (kalau nak pedas, letak cili padi)
  • 2 batang akar daun ketumbar
  • Gula melaka atau gula Thai
  • Garam
  • Cuka
  • Tepung jagung
  • Daun ketumbar

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dan masukkan separuh cawan air.

2. Kemudian masak atas api sederhana dan masukkan gula, garam serta cuka secukupnya.

3. Seterusnya, masukkan air bancuhan tepung jagung dan hirisan daun ketumbar.
4. Gaul sehingga pekat dan sedia untuk dihidangkan.

Cicah bersama sosej bakar memag sedap.

Selamat mencuba!

BACA: “Aku terpaksa usung anak kehulu-hilir urus anak bersendirian walaupun hujan, bial minta bantuan suami, alasannya dia sibuk kerja”