Wanita kongsi 5 tips ‘lepas’ imigresen yang ramai anak muda dihalang ke luar negara

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Rakyat Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan penguatkuasaan pihak imigresen di luar negara

Termasuklah Korea Selatan yang dikatakan semakin ketat dan rumit.

Sudah menghabiskan wang ribuan ringgit untuk membeli tiket, ramai rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke negara itu walaupun sudah sampai di lapangan terbang.

Dihantar pulang semula ke Malaysia, masalah ini dikatakan berpunca dari limpahan rakyat negara ini

Ada yang memutuskan untuk bekerja di luar negara tanpa memiliki permit sah.

Wanita kongsi 5 tips ‘lepas’ imigresen yang ramai anak muda dihalang ke luar negara

Seorang pengguna Facebook kemudian berjaya mencuri tumpuan selepas berkongsi tips bagi dijadikan panduan sebelum melancong ke luar negara terutamanya Korea.

“Kebelakangan ini nampak macam ramai tak lepas (imigresen luar negara). Ini tips daripada saya yang dibenarkan masuk selepas hanya lima minit berurusan dengan imigresen.

“Sempat berborak lagi dengan pihak imigresen sebab tak ramai orang sewaktu saya masuk ke kaunter. Walaupun ini adalah kali pertama buat saya, tetapi semua urusan dipermudahkan.

“Jadi, inilah beberapa tips daripada saya berdasarkan pengalaman ketika melawat ke negara tersebut,” kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Elisa Zamri itu.

LIMA TIPS UNTUK ‘LEPAS’ IMIGRESEN

Pendapatan

Memandangkan ramai rakyat Malaysia datang ke Korea untuk bekerja secara haram, segelintir pihak imigresen negara itu mungkin mahu melihat maklumat pendapatan.

Pengunjung disarankan untuk menyediakan bukti yang sepadan dengan maklumat pendapatan dalam borang yang diisi termasuk K-ETA (kebenaran Kembara Elektronik Korea Selatan).

Waktu masuk imigresen

Jika sampai ke luar negara pada waktu malam, kemungkinan besar pihak imigresen yang letih bakal melepaskan pengunjung masuk ke negara mereka dengan lebih senang.

Situasi ini bagaimanapun mungkin boleh merumitkan lagi keadaan kerana pegawai yang terlibat mula mengantuk dan juga bertindak agresif ketika menyoal pengunjung.

Jaga penampilan

Tanpa mengira jenis pesawat yang dinaiki, pengunjung perlu menjaga penampilan. Tidak harus memakai pakaian mahal atau berjenama, cukup sekadar kemas sahaja.

Jangan bawa banyak ‘hand carry’, pelawat juga tidak digalakkan membawa plastik yang tidak penting, cukup sekadar beg tangan wanita atau beg galas untuk lelaki.

Cetak jadual perjalanan

Jangan lupa cetak dahulu jadual perjalanan dengan terperinci dan berbincang dahulu dengan rakan mengenai perancangan tersebut sebelum terbang ke luar negara

Bertutur bahasa tempatan

Pegunjung disarankan untuk belajar sedikit bahasa asas yang digunakan oleh rakyat negara dikunjungi. Bukan sahaja memudahkan urusan, langkah ini juga mampu mengambil hati penduduk tempatan termasuk petugas imigresen.

Baca juga: Salahguna motor dari majikan sehingga terjebak dadah, majikan nekad bakar motorsikal pekerja