Secara normalnya apabila pesakit berada dalam koma, badannya tidak mampu untuk bergerak apatah lagi untuk membuka mata.
Pesakit koma tidak akan sedar apa pun yang berlaku di luar.
Namun lain kisahnya di hospital ini apabila seorang perempuan yang sudah koma puluhan tahun lahirkan anak lelaki.
Polis kini sedang menyiasat laporan serangan seksual terhadap seorang wanita yang melahirkan seorang bayi lelaki, meskipun beliau berada dalam keadaan koma sejak beberapa dekad lalu di sebuah hospital.
Menurut laporan media tempatan, wanita tersebut sedang dirawat di Pusat Penjagaan Kesihatan selepas mengalami insiden lemas yang mengakibatkan beliau kehilangan kesedaran.
Laporan tersebut turut menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang menyedari kehamilan wanita tersebut, dan kakitangan di pusat penjagaan kesihatan itu terkejut ketika mendengar wanita itu mulai mengeluarkan bunyi kesakitan.
“Kami sedang menyiasat perkara ini di Jabatan Polis Phoenix,” kata Sarjan Tommy Thompson kepada Reuters ketika diminta mengulas laporan media tersebut.
Jurucakap Hacienda, David Leibowitz, mengesahkan bahawa pusat penjagaan itu sedar ada insiden yang melibatkan seorang penghuni.
Namun, beliau enggan mengulas sama ada kakitangannya telah diarah untuk menjalani ujian DNA bagi mengenal pasti suspek, atau jika langkah-langkah telah diambil untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.
“Walaupun undang-undang hak peribadi persekutuan dan negeri menghalang kami daripada membincangkan maklumat kesihatan pesakit secara terperinci, Hacienda akan memberi kerjasama penuh dengan pihak penguatkuasa undang-undang dan agensi kawal selia berkaitan,” kata Leibowitz melalui e-mel.
Sementara itu, peguam mangsa, Tasha Menaker, berpendapat bahawa pihak polis sepatutnya mengadakan ujian DNA ke atas semua kakitangan lelaki di Hacienda.
baca; “Aku hairan betul dengan pak mertua, dia suka sangat peluk dan cium aku tapi aku pon layan juga”