Amanda Clark, seorang wanita dari Richmond, Virginia, Amerika Syarikat, melalui pengalaman yang menakutkan selepas menikmati hidangan nugget ayam yang membawa padah.
Apa yang bermula dengan reaksi alahan biasa—gatal-gatal dan lidah yang membengkak—menjadi semakin serius.
Amanda segera menggunakan EpiPen, alat yang mengandungi adrenalin untuk menangani serangan anafilaksis (reaksi alergi yang serius).
Namun, walaupun telah menggunakan EpiPen, gejala yang dialami tidak juga reda.
Segera dikejarkan ke hospital, Amanda akhirnya jatuh koma selama 47 hari. Kejadian tragis ini menyoroti betapa seriusnya reaksi alahan yang boleh mengancam nyawa.
Punca Alahan:
Alahan berlaku apabila tubuh kita menganggap makanan tertentu sebagai ancaman. Sistem imun kita kemudiannya bertindak balas untuk melindungi tubuh daripada ancaman yang dianggap bahaya.
Reaksi alahan ini boleh berbeza-beza—ada yang hanya menyebabkan ruam kulit ringan atau gatal pada mata, tetapi ada juga yang boleh menyebabkan gangguan pernafasan yang serius.
Antara makanan yang sering menyebabkan alahan adalah:
Susu (terutamanya pada kanak-kanak)
Telur
Kacang tanah
Kekacang dari pokok seperti walnut, badam, dan pecan
Ikan (lebih sering terjadi pada individu dewasa)
Soya
Gandum
Kerangan (biasanya berlaku pada individu dewasa)
Simptom yang mungkin dialami termasuk:
Ruam kulit yang merah, kering, atau gatal
Hidung tersumbat dan bersin
Mata menjadi gatal, berair, atau merah
Gatal di mulut atau tekak
Rasa tidak selesa pada bahagian dalam mulut
Perut kembung, kekejangan, cirit-birit, dan muntah
Kesukaran bernafas atau menelan
Bengkak pada bibir, lidah, atau tekak
Rasa lemah, keliru, atau pengsan
Dada terasa sakit atau degupan jantung tidak sekata
Kulit menjadi pucat atau kebiruan
Kejadian ini menjadi peringatan yang penting untuk semua orang agar lebih berhati-hati dengan alahan makanan dan pentingnya pengetahuan tentang langkah-langkah pertama yang perlu diambil jika reaksi alahan berlaku.
BACA: Khabib Nurmagomedov dihalau dari pesawat kerana masalah ini