Chef kongsi pengalaman beli laksa paling sedih, kuah cair dan kelihatan seperti bihun sup.
Tak semua peniaga layak meniaga tambah-tambah lagi jika kualiti dan rasa makanan tidak diambil kira.
Biasa pelanggan mengeluarkan duit untuk mendapatkan rasa yang sedap, sesuai dengan harga dikeluarkannya.
Tapi malangnya, ada peniaga cuba mengaut keuntungan tambahan pula jika lokasi perniagaan mereka itu terletak di kawasan strategik dan sentiasa dikunjungi ramai khsusunya di taman awam.
Pengalaman seorang wanita dikenali sebagai Cheffieza88 di TikToknya membeli laksa di Padang Kota, Pulau Pinang semasa event dengan harga RM10.
@cheffieza88 org nak juai laksa hampa nk juai laksa,dah la aku tgh lapaq ,laksa mmg fav aku la,sekali beli hampeehhh xsedapp!!!!!😡😡#padangkotapenang #eventchoii #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #penangmalaysia ♬ original sound – Cheffieza
Malangnya laksa itu kelihatan seperti bihun sup kerana agak cair dan tak serupa laksa yang biasanya dipenuhi kuah ikan.
“Rasanya inilah laksa paling sedih aku jumpa. Dengan perut lapar tak makan dari pagi. Dalam banyak makanan dijual, rasa nak beli laksa. Tapi bila beli dengan harga RM10, tengok cair semacam. Dah serupa bihun sup saja.
Berbeza dengan laksa yang biasanya dipenuhi isi ikan yang direbus, ternyata inilah laksa yang paling sedih kelihatan. Apa pun buat para peniaga, berniaga biarlah ikhlas.