Wanita ini pasrah baru sehari masuk kerja dah kena buang sebab alasan yang tidak munasabah

Oleh AHMAD SULAIMAN

Zaman ekonomi yang tidak menentu ini memang ramai yang menganggur dan berebut-rebut untuk mendapatkan kerja bagi menyara keluarga.

Seorang wanita dikenali sebagai @narieana_ telah berkongsi di TikTok tentang nasib malang yang menimpanya di mana dia telah dibuang kerja pada hari pertama bekerja.

Menurutnya, dia ada terlihat iklan jawatan kosong yang diiklankan oleh satu kedai emas.

Wanita ini pasrah baru sehari masuk kerja dah kena buang sebab alasan yang tidak munasabah

Kedai tersebut telah menghubunginya untuk ditemuduga dan memberitahu dia telah diterima bekerja disitu dengan gaji yang telah mereka persetujui.

Sewaktu tiba di tempat kerja pada hari pertama semuanya nampak baik-baik sahaja. Dia telah disambut dengan baik oleh staff kedai tersebut.

Dia merasakan syarikat tersebut merupakan satu tempat kerja yang baik dan sudah merangka beberapa strategi untuk pemasaran syarikat.

Namun, sekitar jam 4 petang dia tiba-tiba dipanggil dan diberitahu bahawa dia tidak mencapai expectation syarikat walhal dia belum mendapat skop kerjanya.

Dia akui terkejut dan marah kerana tidak sampai satu hari masuk bekerja dia sudah dinilai sebegitu. Lebih memeritkan, dia sudah membayar penuh yuran taska anaknya pada bulan itu.

Rata-rata warganet mencadangkan agar dia membuat aduan kepada pihak yang berwajib atas apa yang terjadi namun, dia membuat keputusan untuk melupakan sahaja dan akan berusaha memperbaiki dirinya juga.

Baca juga:“Kutuk adik sebab pakai proton iswara buruk je, esoknya apa yang adik buat kat rumah mak buat kami terkejut”