Wanita ini nasihat jangan makan dalam sungai

Wanita ini nasihat jangan makan dalam sungai

Wanita ini nasihat jangan makan dalam sungai. Dengan adanya media sosial, orang ramai mencari-cari tempat menarik untuk dikunjungi. Malah sekarang bukan sahaja tempat pelancongan, restoran dan kedai makan juga mampu menjadi viral.

Lagi bagus jika restoran tersebut menyediakan hidangan yang sedap serta suasana yang unik dan lain dari yang lain, orang ramai pasti berminat untuk mengunjungi. Namun menurut wanita ini pula, tak semua tempat yang diviralkan itu indah.

Viral Makan Dalam Sungai, Wanita Ini Menyesal Cuba & Tak Sarankan Sebab..

Terbaharu, seorang wanita wombatloves, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi pendapatnya mengenai sebuah restoran yang viral di media sosial.

Berminat kerana restoran tersebut memberi pengalaman unik; dapat makan dalam sungai, dia ingin cuba dan membawa kawan-kawannya bersama ke sana.

Wanita ini nasihat jangan makan dalam sungai

Walaupun begitu, dia berasa menyesal dan tidak menyarankan pada orang ramai untuk terlalu taksub dengan semua yang diviralkan di TikTok.

Menurutnya, bangku dan meja yang disediakan oleh pihak restoran sangatlah tidak stabil dan bergantung pada berat pelanggan dan arus air sungai. Kalau air sedang deras, pelanggan mungkin akan terhanyut!

Tambahan pula, aspek kebersihan turut menjadi kerisauan buatnya kerana pekerja di sana akan membuang sisa makanan ke dalam sungai membuatnya berasa tidak selesa.

Paling mengecewakan ada juga di antara mereka yang terkena jangkitan kaki setelah ke sana.

Konsep dan suasana restoran itu sangat menarik. Wanita itu tidak menafikannya tapi untuk cuba sekali lagi? Mungkin tidak.

BACA:

Kecoh perempuan pakai ihram buat umrah, ini respon mufti

Punca Nora Danish bercerai akhirnya terbongkar, tak sangka sebab ini

Melaka tarik balik kebenaran solat jumaat

CATEGORIES