Wanita ini meninggal dunia, lepas sertai acara lari dalam guni

Oleh AHMAD SULAIMAN

seorang wanita telah menghembuskan nafas terakhir ketika menyertai acara lumba lari dalam guni yang berlangsung beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan acara sukaneka yang dihadiri

Wanita ini meninggal dunia, lepas sertai acara lari dalam guni

oleh pelbagai lapisan masyarakat sempena hari kemerdekaan republik Indonesia kali ke-78.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat penduduk setempat bersorak memberikan sokongan kepada dua wanita yang sedang berlari menuju ke garisan penamat sambil menyarungkan guni.

@indojatipos_video Allfatihah..seorang Ibu rmah tangga di kerinci, Tamiai mengikuti lomba pacu karung terjatuh lalu..tutup usia. . Baca berita di indojatipos.com #hutri78 #indojatipos #indojatipos #kerinci #sungaipenuh #HUTRI78 #jambi ♬ suara asli – Indojatipos


Sejurus sampai ke garisan penamat, seorang wanita yang berusia 36 tahun rebah secara tiba-tiba.

Kemudian, wanita terbabit segera dibawa ke hospital yang berdekatan selepas tidak sedarkan diri bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Malangnya, wanita terbabit meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan. Dikatakan, kematian tersebut berpunca akibat kelelahan menyertai acara lari yang dianjurkan

BACA: Kisah isteri orang nekad bercerai dengan suami sendiri semata-mata kejar suami orang