Wanita ini kongsi tips penting masak guna air fryer yang anda perlu ikut!

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pastinya ramai yang sudah memulakan gaya hidup sihat dengan makan makanan tidak bergoreng dan berminyak.

Selain ketuhar, ramai akan menggunakan ‘air fryer’ untuk memasak makanan sihat dengan cara mengurangkan minyak, tak adalah takut makanan hangit.

Bagi yang baru berjinak, boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook Salmy Saznira di ‘Resepi Air Fryer [Malaysia]’.

Wanita ini kongsi tips penting masak guna air fryer yang anda perlu ikut!

Tips penjagaan air fryer

1. Pastikan tempat letak air fryer keras dan tegap

Ini adalah untuk elak bunyi gegar atau bising apabila kipas air fryer berpusing.

2. Pastikan jarak eksos atau ruang keluar udara (biasanya berada di bahagian belakang) sekurang-kurangnya 5 inci (13-15 cm) daripada jarak apa-apa benda berdekatan.

Ini supaya ia dapat melancarkan proses memasak.
Tambahan pula eksos air fryer akan mengeluarkan udara panas daripada proses memasak.

Jika ada benda atau alatan berdekatan, barangan tersebut boleh rosak, mencair atau lebur.

3. Sapu mintak di bahagian bawah bakul dan panaskan selama dua ke tiga minit pada suhu 170 ke 180 darjah.

Ini adalah bagi mengelakkan makanan melekat teruk kat bawah bakul air fryer.

4. Jika ingin membeli aksesori pastikan kita ukur terlebih dahulu bahagian bakul air fryer kita

Supaya aksesori yang dibeli dapat muat masuk air fryer kita(setiap air fryer berbeza-beza saiz bakul). Kalau salah membazir sahaja duit nanti.

5. Setiap kali selepas guna air fryer mesti basuh terus bakul dan pan dengan sabun biasa dan berus lembut (rendam sekejap jika ada hasil masakan melekat)

Hampir semua air fryer boleh buka dan asingkan dengan mudah antara bakul serta pan.

Basuh barang ini untuk elakkan bakul berkarat, bergaris atau berminyak dan akan rosak atau terkopak

6. Dua atau tiga hari sekali basuh bahagian coil pemanas dan bahagian dalam air fryer (Nak basuh setiap hari lagi baikkkk)

Ini adalah untuk elakkan sisa makanan, saki baki minyak melekat terlalu banyak atau menebal terutama kat coil pemanas.

Ini akan membuatkan ia lebih sukar untuk dicuci malah berkarat teruk.

Baca juga :‘Apa Itu KELDAI WANG? Banyak ahli keluarga tanpa sedar jadi KELDAI WANG’