Joanne Zhu, seorang wanita berusia 25 tahun menjadi kaya setelah memenangi hadiah berjumlah RM3 juta.
Sebelum ini, dia dan hampir tiga juta penduduk Australia menyertai loteri vaksin COVID-19 yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak 1 juta dolar Australia.
Hadiah tersebut disumbangkan oleh Million Dollar Vax Alliance, sebuah kumpulan dermawan
Dan syarikat yang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan penduduk Australia.
Zhu menceritakan pengalaman kemenangannya kepada program Today di stesen TV 9News Australia, mengatakan bahawa pada awalnya dia tidak menjawab panggilan daripada penganjur loteri kerana sedang bekerja.
Namun, setelah dihubungi semula, dia diberitahu, “‘Oh, anda memenangi satu juta dolar! Anda satu-satunya di Australia.'”
Dilaporkan oleh 7News pada Ahad lalu, Zhu berhasrat untuk menggunakan sebahagian daripada hadiah wang tersebut untuk menyatukan keluarganya yang terpisah.
“Saya mahu membawa keluarga saya keluar dari China dengan penerbangan kelas pertama dan tinggal di hotel lima bintang untuk Tahun Baru China jika sempadan dibuka.”
Craig Winkler dari Million Dollar Vax Alliance menyatakan kebanggaannya terhadap kejayaan kempen tersebut.
“Kami yang bertanggungjawab dibelakang kempen ini sangat berbangga dengan apa yang telah dicapai; ia sangat bagus untuk akhirnya mengumumkan pemenang, dan mendengar reaksi mereka benar-benar bernilai.”
Kempen Million Dollar Vax Alliance dijalankan untuk membantu Australia mencapai tahap vaksinasi 80 peratus bagi penduduk yang berumur 16 tahun ke atas.
Selain daripada hadiah utama yang dimenangi oleh Joanne Zhu, loteri ini juga mengedarkan 100 hadiah bernilai AS$1,000 setiap hari pada bulan Oktober, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah sebanyak 4.1 juta dolar Australia.