Wanita ingatkan kenapa kena basuh dulu kurma sebelum makan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Rupanya ini keadaan kurma dari ladang, wanita ingatkan kenapa kena basuh dulu sebelum makan.

Tak kiralah nampak bersih ke berkilat ke, seorang pengguna Facebook berkongsi dengan orang ramai kenapa perlu basuh kurma sebelum makan.

Pengguna tersebut, Niena Samsir atau lebih mesra dengan panggilan ‘ummi’ berkata, kadangkala pada kulit kurma itu masih tersisa pasir-pasir atau ada lagi kesan pasir.

Jika kurma nampak bersih, ia kerana penjual hanya lap guna kain basah dan bukannya dengan cara membasuh.

“Kalau beli, tak ada kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau.

Wanita ingatkan kenapa kena basuh dulu kurma sebelum makan

Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?),” tanya wanita itu.

“Tak kisahlah anda beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

“Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma,” tambahnya.

Penjual tak cucikan kurma untuk kita kerana bimbang kurma rosak

“Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan.

Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, penjual tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.

“Ini ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma. Lepas ini, jangan ambil mudah tahu,” nasihatnya.

Cara bersihkan kurma tanpa jejaskan rasa
Pada masa yang sama, wanita ini turut memberi tips dan cara membersihkan kurma yang dibeli sama ada terus dari ladang atau sudah berada di dalam kotak di pasaran.

“Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 hingga 10 minit. Lepas itu, bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi ‘juicy’ semula.
“Tetapi, kalau nak cepat, tak perlu jemur. Tapis sahaja lepas itu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, InshaAllah tahan lama.

“Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih,” kongsinya.

Apa pendapat anda? Lepas ini bolehlah kita cuci bersih-bersih. Kita pun memang tak tahu macam mana kurma-kurma ini di-pekkan.

Baca juga: ‘Walaupun bukan ori, ia tetap bukan murah’ Kanak-kanak dikecam menunjuk kasut baru raih perhatian ramai