Wanita dihalau tuan rumah selepas minta tebang pokok tepi rumah, ini puncanya

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Rumah sewa merupakan hartanah yang dicari-cari oleh masyarakat di Malaysia pada zaman sekarang.

Hal ini kerana penyewa tidak akan terikat dengan rumah untuk 30 tahun seterusnya dan dapat mengelakkan bayaran duit faedah kepada bank.

Biasanya untuk mulai menyewa sesebuah rumah penyewa perlu menyediakan deposit kepada tuan rumah.

Wanita dihalau tuan rumah selepas minta tebang pokok tepi rumah, ini puncanya

Deposit rumah sewa adalah bayaran pendahuluan yang perlu dilakukan oleh penyewa kepada tuan rumah sebelum mula berpindah masuk ke rumah sewa.

Kebiasaannya, deposit dijadikan sebagai jaminan penyewa terhadap tuan rumah dan jumlah untuk dibayar akan ditetapkan oleh tuan rumah berdasarkan beberapa faktor.

Baru-baru ini seorang individu dikenali sebagai Suhaila Saad telah memuat naik satu hantaran di Facebook pengalamannya berhadapan dengan tuan rumah dari neraka.

Menurutnya, waktu awal-awal dia melihat rumah tersebut tidak dinyatakan apa-apa syarat daripada tuan rumah namun, lain pula ceritanya bila dia sudah mengambil kunci rumah tersebut.

Dia mendapati rumah tersebut penuh dengan barang-barang tuan rumah sehingga dia tidak mempunyai ruang untuk meletakkan barangnya. Lebih mengejutkan, tuan rumah masuk ke rumah sesuka hati tanpa memberitahunya.

Apabila ditanya, tuan rumah tersebut berkata yang dia tidak faham konsep rumah sewa iaitu hanya membawa kain baju sahaja bukan semua barang-barang.

Pelbagai cerita juga dijaja tuan rumah tersebut untuk memburukkan dirinya. Kemuncaknya, dia dihalau oleh tuan rumah apabila dia meminta tuan rumah untuk tebang pokok di tepi rumah kerana masalah semut yang terlalu banyak.

Lalu, dia meminta bantuan pihak polis dan setelah penat bertekak tuan rumah tersebut telah mengembalikan duit deposit yang dibayarnya.

Dia menasihati orang ramai untuk berfikir dahulu sebelum menyewa rumah tersebut kerana takut perkara yang sama berulang kepada orang lain.

“Serius penat sewa 2 bulan baru habis angkut barang dari rumah lama, terpaksa angkut pulak ke tempat lain,”luahnya.

Baca juga:“Tak sangka kakak sendiri dan suamiku berduaan dalam bilik tu, tiba-tiba dengar rayuan kakak pada suamiku buat aku terduduk”