Wanita dapat pampasan RM22.8 Juta selepas kena penyakit kelamin dalam kereta boyfriend

Wanita dapat pampasan RM22.8 Juta selepas kena penyakit kelamin dalam kereta boyfriend. Seorang wanita di negeri Missouri, Amerika Syarikat menerima pampasan AS$5.2 juta (RM22.8 juta) daripada syarikat insurans kenderaan bekas kekasihnya selepas mendakwa dijangkiti penyakit kelamin di dalam kereta lelaki itu.

Menurut portal berita MailOnline, wanita berkenaan mendakwa bahawa dia dijangkiti penyakit kelamin selepas melakukan hubungan intim bersama bekas teman lelakinya di dalam sebuah kereta Hyundai Genesis keluaran 2014.

Dia kemudian membuat tuntutan mahkamah dengan meminta ganti rugi daripada GEICO General Insurance Company iaitu syarikat insurans kenderaan yang dilanggan bekas kekasihnya.

Kertas mahkamah yang diperoleh MailOnline mendedahkan bahawa wanita berkenaan memaklumkan kepada GEICO pada Februari 2021 bahawa dia dan bekas kekasihnya telah menjalin hubungan cinta sejak 2017.

Dia menuntut ganti rugi dalam bentuk wang tunai dan mendakwa telah dijangkiti penyakit papillomavirus manusia (HPV) ketika berada di dalam kenderaan pelanggan syarikat itu.

Wanita dapat pampasan RM22.8 Juta selepas kena penyakit kelamin dalam kereta boyfriend

Dokumen mahkamah turut mendedahkan bahawa bekas teman lelaki wanita itu mengetahui bahawa dia menghidap tumor kanser dan HPV, namun tetap meneruskan hubungan seks dengan plaintif tanpa sebarang perlindungan.

Pada Mei 2021, panel juri mendapati bahawa kedua-dua mereka melakukan hubungan intim di dalam kenderaan tersebut, yang telah menyebabkan jangkitan penyakit kelamin HPV.

Bekas teman lelakinya juga didapati mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab kerana tidak mendedahkan status kesihatannya kepada wanita berkenaan.

Justeru, Selasa lalu, Mahkamah Rayuan Missouri memerintahkan GEICO membayar ganti rugi berjumlah AS$5.2 juta (RM22.8 juta) kepada wanita berkenaan.

Menurut peguam kecederaan peribadi Los Angeles, Miguel Custodio, keputusan mahkamah itu munasabah.

“Jika anda memikirkan bahawa keadaan wanita itu berpunca daripada kecederaan yang dialami ketika berada di dalam kereta orang lain, ia sememangnya menjadi tanggungjawab syarikat insurans untuk membayar pampasan,” jelasnya. – Agensi

BACA:

Peserta Masterchef terkejut kena masak Ular, sekali ini yang jadi

Azri luah perasaan, “Ellie cakap saya ada perempuan lain sebelum cerai tak betul, demi Allah!”

Tidak boleh lagi buat iklan unsur agama, kata SKMM

CATEGORIES