Wanita berjaya kumpul 5 angka duit anak dalam setahun, tanpa sedar berjaya kumpul RM12600!

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Jangan terkejut jika RM20 sehari, dengan komitmen menyimpan, boleh berganda menjadi ribuan ringgit.

Ini bukan misi mustahil kerana ibu Aminahtul Marrdiah telah berjaya membuktikannya.

Mari kita baca caranya, dan jangan lupa praktikkan. Lagipun, hanya setahun sahaja!

Mungkin kamu rasa terbeban, tetapi hasilnya, anak kamu akan memiliki simpanan.

Hari ini, aku nak berkongsi tips menyimpan duit dengan cara yang kreatif, sesuai untuk ibu bapa yang ingin menyimpan untuk anak.

Wanita berjaya kumpul 5 angka duit anak dalam setahun, tanpa sedar berjaya kumpul RM12600!

Sediakan Botol Simpanan

Sediakan botol kuih raya saiz besar (biasanya digunakan untuk menyimpan tempeyek). Hiaslah botol tersebut ikut citarasa kamu, asalkan ia memberi motivasi untuk menyimpan. Kalau nak letak gambar DSV pun boleh!

Berbelanja

Tak perlu sekat perbelanjaan harian kamu. Beli sahaja keperluan hidup seharian. Triknya adalah, JANGAN PERNAH GUNA RM20 UNTUK PEMBELIAN

. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tersebut. Jika terpaksa pecahkan RM50, lakukanlah kerana baki yang ada mungkin termasuk RM20 lagi. Jika keluarkan duit dari mesin ATM dan terdapat 5 keping RM20, dan itu sahaja duit kamu, simpan juga RM20 tersebut. Kamu tiada pilihan.

Masukkan RM20 ke Dalam Botol

Balik rumah, selepas membuka kasut dan memberi salam, tanpa meletakkan dompet atau beg, masukkan semua RM20 yang ada ke dalam botol.

Kamu mungkin akan memandang botol yang mula dengan sekeping RM20 sambil berkata, “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi bertabahlah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!

Ulang Langkah

Ulang langkah 1, 2, dan 3 sehingga botol tabungan kamu penuh melimpah selepas setahun. Kamu mempunyai 365 hari untuk menjalani perjuangan menyimpan RM20 ini.

Pengiraan Simpanan

Selepas 365 hari, ajak anak yang ditabungkan untuk duduk bersama dan kira berapa banyak duit yang telah dikumpulkan untuknya.

Proses pengiraan ini sangat memuaskan dan tak tergambar dengan kata-kata. Kamu mesti cuba! Bunyi gemersik duit RM20 yang bergeseran memang tidak boleh dijelaskan.

Kami telah melakukan “Trick” LUAR BIASA ini sejak setahun lepas. Walaupun ada kalanya hingga 10 keping RM20 terkorban dalam satu hari, kadangkala air mata bonda tumpah juga.

Namun, nikmatnya ialah dalam masa 365 hari, kami berjaya mengumpulkan RM12,600 untuk anak kami, Eusoff. Bagaimana boleh banyak sangat? Entahlah

. Yang penting, perasaan gembira dapat mengumpul duit tanpa sedar adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Rasa ingin melompat bintang!

Kenapa RM20?

Lebih Mudah Dikenali

Disebabkan warnanya yang oren, kamu akan cepat sedar bahawa itu adalah duit yang perlu disimpan. Secara automatik, kamu akan mengetepikan RM20. Tidak seperti RM50 yang mungkin membuatkan kamu terasa berat untuk disimpan.

Memaksa Diri

Aku pernah baca tentang menyimpan duit syiling atau menyimpan RM1 pada hari pertama, RM2 pada hari kedua, dan seterusnya hingga RM30 pada hari ke-30 dalam bulan tersebut.

Memang banyak juga apabila kamu menyimpan duit setiap hari. Tetapi aku suka mencabar diri sendiri, begitu juga dengan bonda.

Dengan menyimpan RM20, kami berjaya mengumpul RM12,600 setahun. Puratanya lebih kurang RM34 sehari!

Jumlah Simpanan Terjamin

Dengan menyimpan RM20, kamu akan melatih diri dan minda untuk menganggap RM20 itu hak anak kamu. Pada mulanya, kamu mungkin rasa terbeban, tetapi lama-kelamaan kamu akan gembira melihat duit semakin banyak dan mengetahui jumlahnya tidak sedikit.

Kesimpulannya, ada cara yang ibu bapa boleh paksa diri untuk menyimpan jika tidak mampu menyimpan ribuan ringgit sebulan untuk anak.

Bila kamu mula menyimpan, kamu akan membentuk disiplin dan mengurangkan pembaziran. Kalau tidak boleh RM20, RM5 atau RM10 juga boleh. Yang penting, mulakan sahaja. Selagi tidak mula, botol tempeyek itu akan kosong.

Akhir sekali, bawa duit tersebut ke bank dan masukkan ke dalam akaun simpanan atas nama anak kamu. Kamu akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan apabila tahu anak kamu mempunyai simpanan. Tidak banyak, tapi sekurang-kurangnya ada. Kan?

BACA: Bertudung tapi pakai mini skirt, rupanya gaya baru persembahan hari kemerdekaan