Wanita akui dah 11 tahun ‘ketagih’ makan sabun serbuk, semua melopong dengar

Wanita akui dah 11 tahun ketagih makan sabun serbuk semua melopong dengar

Wanita akui dah 11 tahun ‘ketagih’ makan sabun serbuk, semua melopong dengar. Sudah menjadi lumrah buat manusia untuk menjamah makanan atau minuman yang enak dan dilihat mengiurkan. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila wanita ini mendedahkan beliau sudah 11 tahun ‘ketagih’ untuk makan sabun serbuk.

Menerusi perkongsian TikTok @zakiraaa.4, beliau mengakui mempunyai tabiat yang pelik apabila mencium bau sabun yang wangi di mana beliau cenderung untuk memakannya.

@zakiraaa.4♬ original sound – 🦋

Perkongsian yang dibuat jelas menarik perhatian netizen selepas beliau mahu mendapatkan tip daripada orang ramai cara-cara untuk beliau menghentikan tabiat tidak sihat itu.

Wanita akui dah 11 tahun 'ketagih' makan sabun serbuk, semua melopong dengar

Bukan itu sahaja, para netizen juga nyata terkejut apabila terdapat manusia yang mempunyai selera yang aneh seperti memakan sabun serbuk. Terdapat netizen yang mempermainkan beliau namun tidak kurang juga netizen yang mencadangkan agar beliau bertemu dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Beliau yang menerima permintaan daripada netizen untuk membuat video memakan sabun ini turut tampil dengan sebuah lagi video dalam menceritakan bagaimana ‘ketagihan’ beliau bermula.

Difahamkan tabiat memakan sabun beliau itu bermula sekitar 11 tahun lalu di mana beliau sangat suka dengan haruman bau sabun serbuk yang digunakan untuk membasuh baju.

Gara-gara terlalu suka, beliau pada ketika itu memilih untuk mencuba memakan sabun serbuk atas alasan ingin mengetahui lebih lanjut. Menerusi perkongsian, beliau pada mulanya berasa agak pelik dengan rasa sabun serbuk tersebut, namun lama-kelamaan beliau seolah sangat selesa dengan gemar untuk memakannya.

Wanita ini menerusi perkongsian turut meminta orang ramai agar tidak mengecam beliau memandangkan beliau juga sedang dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat aneh beliau.

Untuk pengetahuan, tabiat memakan perkara aneh ini turut dilabel sebagai pica disorder di mana seseorang manusia ini cenderung untuk memakan bahan bukan makanan seperti kertas, kaca, batu dan sebagainya.

BACA LAGI:

Anak Rosmah yang ‘terbuang’ kenang kembali sisi gelap ibunya, “bomoh sentiasa ada di rumah”

Terkini: PH setuju guna satu logo, lambang baru akan diperkenal

Lelaki berlagak samseng di lebuh raya, henti kereta tengah jalan

 

CATEGORIES