Sejak dahulu, selipar getah selalu menjadi pilihan ramai kerana harganya yang murah, mudah dipakai, dan pastinya selesa.
Baru-baru ini, selipar “yezzy slide” yang diperbuat daripada getah menjadi tular dan digemari oleh golongan muda.
Ke mana sahaja kita pergi, pasti ada yang memakainya.
Namun, selipar jenis ini mempunyai satu kekurangan: ia mudah kotor.
Walaupun hanya dipakai di kaki, selipar tetap perlu dijaga dan dibersihkan.
Jika sering digunakan, warnanya boleh bertukar menjadi kehitaman.
Selipar getah sering menjadi hitam di bahagian dalam akibat pengumpulan peluh dan kotoran kaki. Sedar atau tidak, kaki kita berpeluh sepanjang hari, dan kelembapan ini terperangkap di dalam selipar.
“Penat dah sental sebelum ini, tapi tetap sama. Dah la beli mahal masa selipar ini belum ‘viral’. Sayang nak buang.”
Dalam satu perkongsian di TikTok oleh pengguna bernama faghanawi, wanita ini menunjukkan cara mudah membersihkan “yezzy slide” yang kotor sehingga kelihatan seperti baru.
Dalam video tersebut, wanita itu memulakan proses pembersihan dengan memakai sarung tangan dan mengisi separuh air ke dalam sebuah bekas kosong.
Kemudian, dia menuang dua penutup botol cecair penghilang kotoran ke dalam air tersebut.
Selipar yang kotor direndam di dalam bekas sehingga air menutupi semua permukaan selipar.
Selepas itu, dia memberus bahagian yang hitam secara berulang sehingga selipar kembali ke warna asal.
Hasilnya sangat mengejutkan. Dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, selipar tersebut kelihatan bersih seperti baru.
Lihatlah perbezaan antara selipar yang telah dibersihkan dengan yang belum.
BACA: Jangan gantung saja-saja, ini hukum gantung ayat Al-Quran pada dinding rumah