Wanita ajar 4 cara simpanan KWSP cecah RM2 juta pada usia 35 tahun

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Seorang pengguna Reddit dengan nama Superficial1234 baru-baru ini menjadi tular

selepas berkongsi kejayaannya menyimpan hampir RM2 juta dalam akaun KWSP pada usia 35 tahun.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai kerana jumlah simpanan yang tinggi,

apatah lagi apabila dicapai pada usia yang muda bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Berdasarkan hantaran yang disertakan dengan tangkap layar baki simpanan KWSP, pengguna ini memiliki sejumlah RM1,918,580.36,

Wanita ajar 4 cara simpanan KWSP cecah RM2 juta pada usia 35 tahun

yang terdiri daripada tiga akaun berasingan — Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel.

Dalam perbincangan lanjut, beliau turut mendedahkan bahawa pendapatannya mencecah sekitar RM50,000 sebulan, tidak termasuk bonus tahunan antara RM200,000 hingga RM300,000.

Antara strategi yang dikongsikannya adalah:

Tidak Bertukar Tempat Kerja

Pengguna ini tidak melakukan “job hopping” atau melompat kerja dan kekal di syarikat yang sama sejak tamat pengajian. Melalui dedikasinya, beliau menikmati kenaikan pangkat dan kenaikan gaji yang berterusan.

Sumbangan Sendiri ke KWSP

Setelah menyedari kelebihan menyumbang secara peribadi ke dalam akaun KWSP, beliau mula memaksimumkan jumlah sumbangan sendiri hingga RM100,000 setiap tahun. Ini membantunya meningkatkan simpanan persaraan dengan lebih pantas.

Tidak Mengeluarkan Wang KWSP

Walaupun layak untuk membuat pengeluaran melebihi RM1 juta, beliau memilih untuk tidak menyentuh simpanan KWSP. Tindakan ini membolehkan simpanannya terus berkembang melalui faedah dividen.

Faedah Dividen

Dengan tidak mengeluarkan wang, simpanannya bertambah dengan lebih pantas. Dalam tempoh 10 tahun, beliau mencapai RM1 juta pertama, dan hanya memerlukan tambahan tiga tahun untuk menggandakan simpanannya kepada RM2 juta.

Menariknya, beliau turut berkongsi bahawa ramai orang secara automatik menganggapnya seorang lelaki kerana jumlah pendapatan dan simpanan yang besar.

Namun, beliau menyatakan bahawa wanita juga boleh mencapai pendapatan tinggi dan mengumpul kekayaan yang besar, sekaligus memecahkan stereotaip berkaitan jantina.

Kisah beliau menjadi inspirasi kepada golongan muda yang bercita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan pada usia muda.

Strategi seperti tidak kerap bertukar kerja, menyumbang secara peribadi ke KWSP, dan tidak mengeluarkan simpanan awal boleh menjadi langkah awal bagi mereka yang ingin menyusun kewangan dengan lebih baik.

BACA: Wanita ajar cara pantas lagi mujarab bersihkan kotor pada selipar viral