‘Wang imbuhan’ RM500 ribu untuk kelulusan projek pasir di Terengganu?

‘Wang imbuhan’ RM500 ribu untuk kelulusan projek pasir di Terengganu?

Seorang pengguna media sosial hari ini mendakwa punyai bukti pemimpin Pas di Terengganu meminta “wang imbuhan” berjumlah RM 500 ribu bagi kelulusan projek pasir di Terengganu.

Pengguna yang bernama “Sheikh Khuzaifah” itu akan mendedahkan ‘bukti’ tersebut dalam masa terdekat jika netizen ingin melihatnya.

Dilaporkan pihaknya juga bakal membuat satu laporan kepada pihak berkuasa berkaitan tuduhan tersebut.

Beliau menulis di laman sosial facebok : Siapa nak tengok bukti Lebai PAS minta RM500K untuk lulus projek pasir di Terengganu?

100 komen “Ya” aku akan buka cerita.

Bagaimanapun setakat ini komen “Ya” belum mencecah 100 untuk beliau dedahkan butiran tersebut.

Status beliau boleh diakses dipautan :

COMMENTS