Wan Sharmila akhirnya dedah perkara sebenar, “Ibu Shuib suruh panggil mama”

Oleh INFORAKYAT

Wan Sharmila akhirnya dedah perkara sebenar, “Ibu Shuib suruh panggil mama”. Pelakon, Wan Sharmila tidak mengambil serius usikan warganet yang berterusan cuba ‘menjodohkannya’ dengan pelawak Shuib, terutama selepas dia memanggil ibu kepada usahawan berjaya itu sebagai ‘Mama’.

Jelas Wan Sharmila, ibu Shuib, Salamiah Jalani yang mahu dirinya dipanggil Mama dan dia memenuhi permintaan itu sebagai tanda menghormati orang yang lebih berusia.

“Ibu Shuib yang suruh panggil Mama. Takkan saya nak menolak, nanti dianggap kurang sopan pula. Dia sudah bahasakan diri Mama, jadi saya turutkan sahaja.

“Saya tidak rimas pun apabila warganet terus menerus mahu menjodohkan saya dengan Shuib. Terpulang, hak masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nama Wan Sharmila dikaitkan dengan Shuib apabila video dia memanggil ibu kepada pelawak itu dengan gelaran Mama tular.

Wan Sharmila akhirnya dedah perkara sebenar, "Ibu Shuib suruh panggil mama"

Sehubungan itu, segelintir warganet mencetuskan spekulasi kononnya ibu Shuib memberi bayangan pelakon itu bakal menantunya.

Ditanya apakah status sebenar dirinya sekarang, Wan Sharmila menjawab, dia masih solo.

“Saya masih single,” katanya.

BACA:

Punca Nora Danish bercerai akhirnya terbongkar, tak sangka sebab ini

Melaka tarik balik kebenaran solat jumaat

Babak peluk Emma dan Shah: “Tak mahu tengok, kau tonton tv Al-Hijrah je” – Pengarah