Wan Fayhsal disaran baca perlembagaan Bersatu, jangan bohong dan malas

Wan Fayhsal disaran baca perlembagaan Bersatu, jangan bohong dan malas

Rupanya makin teruk Senator Timbalan Menteri Belia & Sukan ni. Bukan sahaja mengkhianati amanah ilmu tetapi berbohong dengan peruntukan Perlembagaan BERSATU.

Buat Senator yang sangat mahir berjargonisasi, saya ingin maklumkan, pemutus dasar parti BUKAN Presiden BERSATU untuk mencetuskan al-Tamkin dalam parti. Jangan malas baca buku Perlembagaan dan jangan buta Perlembagaan.

(poin tambahan) Pada para 1 kenyataan Senator ini, ditekankan gambaran mandat Presiden BERSATU untuk merubah kesepakatan awal bersama PH sebelum dari PRU-14 lagi. Para itu juga memberi isyarat telah wujud dasar parti berdasarkan apa yang diumumkan oleh Presiden BERSATU sama lah dengan menganggap bahawa Presiden itu berkuasa untuk menentukan dasar parti. Sedangkan untuk merubah dasar sedia ada atau menentukan satu dasar parti yang baru bukanlah tugas Presiden atau MPT.

(poin tambahan) Itulah yang berlaku semasa Presiden mengeluarkan kenyataan media (bukan ketetapan rasmi MPT) untuk membawa keluar BERSATU dari PH dan mengheret masuk BERSATU ke dalam PN. Itu bukan tugas beliau tetapi mesti diputuskan perwakilan dalam Perhimpunan Agung/Perhimpunan Agung Khas.

Sila baca Fasal 12.1 seperti berbunyi:

“PERHIMPUNAN AGUNG adalah KUASA TERTINGGI parti dan perjalan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan Peraturan Parti.

Apa pula tugas-tugas Perhimpunan Agung? Ia terjumlah dalam Fasal 12.3 dan punyai 3 item dibawahnya. Apa tiga item tugas-tugas Perhimpunan Agung BERSATU? Seperti berikut:

12.3.1 Menentukan DASAR-DASAR PARTI

12.3.2 Mengkaji kerja-kerja Majlis Pimpinan Tertinggi

12.3.3 Melantik Juruaudit untuk tempoh Majlsi Pimpinan Tertinggi.

Baca jugalah fungsi dan tugas Majlis Pimpinan Teringgi BERSATU wahai Senator Timbalan Menteri KBS. Fasal 13.1 menyebutkan:

“Majlis Pimpinan Tertinggi adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah PERINTAH PERHIMPUNAN AGUNG”.

Bagaimana pula Senator Timbalan Menteri KBS yang ‘ghayr mutamakkin’ berbicara dengan penuh yakin tentang mandat yang ada pada Presiden merubah dasar parti tanpa dibawa ke Perhimpunan Agung Tahunan atau Perhimpunan Agung Khas?

Nasihat saya, janganlah terlampau rajin mengulas semua benda untuk mengampu bos anda. Kalau nak mengampu bagi fakta yang tepat. Jangan sokong sampai rebah. Kalau duduk senyap itu lebih baik.

Sebelum berakhir, saya suka nak ingatkan: “soalan siapa Saidina ‘Ali, Saidina Mu’awiyah bahkan mangsa seperti Saidina ‘Uthman dalam pertelingkahan dalam BERSATU yang dahulu saudara teriakkan, kenapa belum berjawab ya? Masih berhutang jawapan tau!”

Abu Hafiz Salleh Hudin
Klang, Selangor

Sumber:

COMMENTS