Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan didakwa hanya menerima
satu per tiga peruntukan daripada jumlah keseluruhan yang diberikan kepada ADUN kerajaan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof, menyatakan perkara ini diperolehnya melalui semakan dengan ADUN Kota Lama,
Dr Hafidzah Mustakim dari Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan pembangkang di DUN Kelantan.
“Saya sudah menyemak dengan Dr Hafidzah, dan beliau mengatakan bahawa ADUN pembangkang di Kelantan tidak diberikan peruntukan untuk operasi pusat khidmat.
Oleh itu, mereka terpaksa menggunakan duit peribadi untuk membuka pusat khidmat, menggaji pekerja, dan sebagainya.
“Yang ada hanya satu per tiga peruntukan. Ini bukan sama rata dan jauh berbeza, mungkin negeri Kelantan cuba meniru atau mengambil contoh daripada kerajaan negeri Selangor.
“Tetapi, Selangor lebih baik kerana ada peruntukan yang mencukupi, yang membolehkan mereka membuka pusat khidmat, menggaji pekerja, serta melaksanakan pembangunan dan aktiviti lebih daripada satu per tiga,” katanya.
Ketika siaran tersebut, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa bahawa negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) memberikan peruntukan yang sama rata kepada semua ADUN tanpa mengira parti.
Sementara itu, Azli juga berpandangan bahawa setiap ahli Parlimen, sama ada di blok kerajaan atau pembangkang, perlu mengemukakan cadangan bernas untuk mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara ketika ini.
Beliau menambah bahawa kedua-dua pihak perlu meninggalkan sentimen kebencian sebagai usaha mempelopori politik berlandaskan nilai.
“Apa yang ingin ditunjukkan dalam memorandum persefahaman (MoU) adalah memupuk politik nilai.
“Ia kerana kini terdapat kemelut dalam kalangan ahli politik yang turut mempengaruhi pengikut mereka untuk bebas berkata-kata di media sosial tanpa bukti yang nyata,” ujarnya.
BACA: ‘Ingatkan Ust Kazim’ Imej terbaru Saharul Ridzwan undang reaksi netizen