Walaupun suhu musim panas pada tahap tertinggi, tapi lantai Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kekal sejuk, kenapa?

Oleh DAHLIA MARZUKI

BERABAD lamanya, dua buah rumah Allah yang berpusat di Arab Saudi iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram menerima kedatangan jemaah haji dari seluruh dunia.

Menariknya, lantai marmar putih berkilauan yang mengelilingi Kaabah tetap sejuk, walaupun pada musim panas.

Ini disebabkan pemilihan bahan binaan masjid yang unik.

Walaupun suhu musim panas pada tahap tertinggi, tapi lantai Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kekal sejuk, kenapa?

Barangkali, ramai yang tidak mengetahui marmar dari Thassos, timur Greece, berhampiran Kavala di Laut Aegean, mempunyai salah satu ciri paling jarang ditemui.

Oleh kerana rupa fizikalnya yang putih bersih dan pantulan cahaya yang tinggi, marmar Thassos, atau dikenali dengan nama marmar putih salji, mempunyai kemampuan penyerapan haba yang paling rendah.

Arab News dalam artikelnya berkata, batu yang sama juga ditemui pada dinding, lantai dan patung beberapa tapak terhebat dalam sejarah, termasuk makam Macedonia purba di Amphipolis (yang terbesar pernah ditemui di Greece) dan Hagia Sophia di Istanbul.

Ciri unik batu ini membuatkan harganya tidak murah. Sekeping jubin boleh berharga antara AS$250 (RM1,109) dan AS$400 (RM1,774) setiap meter persegi, menurut pembekal marmar India, RMS Marble.

Setiausaha Agung Hal Ehwal Teknikal, Operasi dan Penyelenggaraan, Fares Al-Saedi memberitahu Arab News, marmar Thassos juga mampu kekal sejuk walaupun ketika cuaca panas terik, yang boleh mencapai 55 Celsius pada musim panas.

“Penyelenggaraan dilakukan 24 jam oleh lebih 40 jurutera dan juruteknik… setiap papak marmar setebal lima sentimeter dan apa yang menyerlahkannya ialah keupayaannya menyerap lembapan melalui liang halusnya pada waktu malam dan melepaskan lembapan itu pada siang hari, menjadikannya lebih sejuk di bawah suhu tinggi,” katanya.

Menurut Al-Saedi, kerajaan Arab Saudi membuat keputusan mengimport batu yang secara semulajadi boleh mendinginkan lantai masjid yang sangat luas, serta di ruang terbuka yang tidak pernah berhenti menerima kehadiran jutaan jemaah setiap tahun.

Dalam usaha memastikan pemasangan lantai berkenaan menepati kriteria, kepimpinan tertinggi rumah ibadah itu mengawasi kerja-kerja penyelenggara marmar di seluruh kawasan masjid termasuk cara merawat, memulihkan dan menggilap marmar atau mengganti jubin-jubin lama yang rosak dan dan tidak dapat digunakan lagi.

Kajian yang dilakukan menemukan marmar Thassos memiliki daya tingkat refleksi sinaran matahari yang tinggi dan peningkatan termal yang tinggi dibandingkan dengan batu kapur iaitu batu lain yang lazimnya digunakan dalam seni bina Islam.

BACA: “Setiap kali di ajak tidur di rumah kami, emak dan bapa mertua tak mahu, ada saja alasannya sebab rumah kami kecil, pernah sekali dia cakap..”