Walaupun nyanyian undang kritikan netizen, Abby Abadi pertahan Fazura

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan pelakon dan penyanyi Nur Fazura menyanyikan single terbarunya,

Bertahan Demi Cinta, secara langsung dalam sebuah rancangan di Indonesia.

Namun, nyanyian Fazura itu menerima kritikan daripada netizen yang menganggap persembahannya

kurang memuaskan dan memalukan sebagai wakil dari Malaysia di negara jiran.

Video tersebut turut menarik perhatian pelakon Abby Abadi, yang memberikan pandangannya bahawa nyanyian Fazura bukan mudah untuk dibawakan kerana ia merupakan lagu duet.

Walaupun nyanyian undang kritikan netizen, Abby Abadi pertahan Fazura

“Okay je, comel je Fazura nyanyi. Lagu duet biasanya dinyanyikan berdua, jadi tak senang nak nyanyi sorang-sorang. Lagi pula, guna minus one kosong. Kira okay la ni. Bukan pergi bertanding pun,” tulis Abby di Insta Stories.

“Korang Maki-Maki Dapat Apa?…”

Terkejut dengan banyaknya kata-kata kecaman yang dilemparkan terhadap Fazura, Abby meminta orang ramai agar memperbanyakkan amalan istighfar dan tidak menghakimi dengan keterlaluan.

“Banyaknya yang mencaci maki Faz. Dia ke sana dipanggil bekerja, tentu ada bayaran, mungkin dalam USD.

Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka tu semua serba tak kena. Istighfar banyak-banyak, okay,” tambah Abby lagi.

Untuk makluman, Bertahan Demi Cinta merupakan lagu yang pernah dirakamkan oleh Fattah Amin sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Lagu ini juga menjadi perbualan ramai apabila teaser lagu tersebut dirilis selepas Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

BACA :Ahli Parlimen PN persoal kerajaan kenapa cepat sangat ‘move on’ selepas lamaran MoU ditolak