Pelakon senior berkongsi kisah tentang keputusannya meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang mengutamakan nilai keagamaan dan ketaatan terhadap Islam,
Yati tetap membuat keputusan untuk murtad. Dia akhirnya memilih untuk menjadi penganut agama Kristian.
Dalam sebuah wawancara menerusi saluran YouTube Miracle of Life pada tahun 2022, pelakon senior itu mendedahkan perjalanannya dalam mengambil keputusan untuk “berpindah agama.”
Menurut bintang filem Janji Darah itu, minatnya terhadap agama Kristian bermula selepas dia terpesona melihat keindahan pokok Krismas.
Walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya, Yati memeluk agama Kristian pada usia remaja.
“Perjalanan hidup saya bermula sangat sederhana. Sejak usia 12 tahun, selepas melihat pokok Krismas, saya merasa ia begitu indah,” ujar Yati seperti yang dilaporkan oleh Insertlive.
Yati mendedahkan bahawa dia mula rajin mengikuti jirannya ke gereja secara diam-diam dan akhirnya dibaptis tanpa pengetahuan keluarganya.
“Saya pergi ke gereja tanpa memberitahu keluarga. Saya juga rahsiakan keputusan saya memeluk Kristian sehingga saya tamat belajar dan mula berlakon,” tambahnya.
Keputusan Yati akhirnya mengecewakan keluarganya. Bahkan, suaminya meninggalkannya kerana sering dipersalahkan oleh keluarga Yati sebagai punca dia murtad.
Walaupun begitu, pelakon yang kini berusia 67 tahun itu tetap dengan pendiriannya dan terus mengamalkan agama Kristian hingga ke hari ini.
BACA: Nasihat kejam Shah Rukh Khan, buat Kajol fikir semula dari berhenti berlakon