Waktu rampas kuasa kenapa tak fikir soal bubar DUN?” Azam bidas ADUN UMNO

Waktu rampas kuasa kenapa tak fikir soal bubar DUN?” Azam bidas ADUN UMNO

Ahli politik dari gabungan Perikatan Nasional terutamanya parti Umno perlu memikirkan lebih awal sama ada tindakan mereka munasabah ketika melakukan ‘rampasan kuasa’ di negeri Johor, Februari lalu.

Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Mektar berkata, ini kerana tindakan itu bercanggah dengan kenyataan mereka sendiri hari ini, seolah-olah gusar sekiranya berlaku perubahan kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

“Mengapa Onn Hafiz mahu memikirkan soal pembubaran DUN hari ini?

“Mengapa tidak pada ketika mereka mahu merampas kuasa di Johor? kata Azam ketika dihubungi.

Semalam Adun Layang-Layang dari parti Umno, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Pakatan Harapan (PH) perlu membuktikan jumlah kerusi sekaligus memohon perkenan Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya peringkat negeri dapat diadakan.

Beliau berkata, mandat harus diserahkan semula kepada rakyat untuk mereka membuat pilihan dalam menentukan masa depan dan hala tuju negeri ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan sumber yang dekat dengan pimpinan Bersatu Johor mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu berada dalam keadaan tidak menentu.

Sumber itu mendedahkan PN boleh kehilangan Johor jika ada Adun dari Bersatu menarik balik sokongan mereka kepada gabungan yang masih ‘muda’ tersebut.

Manakala Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain sebelum ini berkata, pihaknya memiliki senarai cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan PH akan terbentuk semula di Johor dengan bilangan yang lebih stabil berbanding PN.

Katanya, bukan sahaja Adun dari rakan lama PH sahaja yang akan memberikan sokongan malah ada juga dari parti-parti lain di kalangan komponen Perikatan Nasional.

BACA: Adun Layang-Layang tak perlu mendahului Sultan Johor

Justeru itu, Azam sekali lagi mengingatkan kepada Onn bahawa tindakan dilakukan gabungan PN ketika merampas Johor dari PH adalah langkah yang membelakangkan titah Tuanku Sultan.

“Pakatan Harapan (PH) sebelum ini juga sebuah kerajaan yang diiktiraf oleh Tuanku Sultan Johor.

“Justeru kenyataan Onn Hafiz semalam mengesahkan PN juga adalah golongan yang membelakangkan titah Sultan Johor dengan merampas kuasa dari kerajaan yang diiktiraf oleh Tuanku,” kata Azam lagi.

Berita penuh :https://www.johorkini.my/masa-rampas-kerajaan-johor-ada-fikir-mahu-bubar-dun/

COMMENTS