Wajah gadis buat tutorial tudung seiras Neelofa, tapi lain pula yang netizen komen

Wajah gadis buat tutorial tudung seiras Neelofa, tapi lain pula yang netizen komen.Memandangkan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, pastinya ramai yang sibuk melakukan persiapan sekarang ini. Terutamanya kaum wanita yang akan mula mencari tutorial tudung yang sesuai untuk dilakukan pada hari raya pertama nanti.

Macam yang dikongsikan gadis ini apabila dia mencuba satu tutorial tudung yang dilakukan oleh Izara Aishah ini. Namun ada sesuatu pula yang menarik perhatian ramai apabila raut wajahnya yang disamakan seperti Neelofa.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu melakukan satu tutorial tudung mengikut gaya yang ditunjukkan pelakon Izara Aishah. Apa yang menarik perhatian ramai ialah gadis itu dikatakan mempunyai iras wajah yang sama seperti Neelofa.

Malah sekali pandang, memang gadis itu kelihatan sama seperti pengacara popular itu ditambah pula dengan bentuk matanya yang sama. Selain daripada tutorial yang dikongsikan itu, ramai yang turut memuji kecantikannya ini yang kelihatan semula jadi itu.

neelofa

gadis

@wasiqahhamid Version standard size shawl. Jadi tak akak @izaraaishahofficial ? 😉💓 #shawltutorial #hijabtutorial #izaraaishah ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Dalam masa yang sama, gadis itu turut melakukan tutorial tudung tersebut dan sempat bertanya di ruangan kapsyen sama ada ianya sama dengan yang ditunjukkan oleh Izara. Sebelum ini, pelakon itu berkongsikan tutorial tudung tersebut untuk menjawab soalan yang ditanyakan di Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berpendapat gadis itu mempunyai iras wajah yang sama seperti Neelofa. Malah ada yang berseloroh menggelarkan gadis itu sebagai kembar kedua Neelofa selepas kanak-kanak perempuan yang pernah tular sebelum ini.
TONTON :

BACA:

“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni

Muzik Video unsur LGBT : Aliff Syukri tiba di bangunan SKMM beri keterangan

CATEGORIES