Wabak Salmonella merebak ke 11 buah negara disebabkan Coklat Kinder

Wabak Salmonella merebak ke 11 buah negara disebabkan Coklat Kinder

Wabak Salmonella merebak ke 11 buah negara disebabkan Coklat Kinder.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis yang dikaitkan dengan produk coklat ‘Kinder’ keluaran Belgium.

WHO dalam kenyataan memaklumkan, kes berkaitan bakteria Salmonella Typhimurium disyaki akibat penggunaan produk coklat dan dilaporkan di 11 negara setakat Isnin lalu.

Negara terlibat ialah Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kanak-kanak berusia bawah 10 tahun turut terjejas dan golongan wanita membentuk 66 peratus daripada kes-kes yang dilaporkan.

Sebanyak 21 kes bergejala dilaporkan, iaitu 12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan orang dimasukkan ke hospital.

Tiada kematian akibat wabak itu dilaporkan setakat Isnin lalu.

Penjujukan genetik bakteria salmonela dalam makanan mencetuskan kegusaran patogen tersebut berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium.

Menurut WHO, wabak salmonela mempunyai daya tahan terhadap enam jenis antibiotik.

Wabak Salmonella merebak ke 11 buah negara disebabkan Coklat Kinder

Sekurang-kurangnya 113 negara di seluruh Eropah dan global mengimport produk Kinder.

Amaran global dikeluarkan oleh Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN), program bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada 10 April, mengakibatkan penarikan semula produk berkenaan dari pasaran global.

WHO menilai risiko penyebaran di rantau Eropah dan global sebagai sederhana.

Menurut WHO, gejala salmonellosis agak ringan dan pesakit akan pulih tanpa rawatan khusus bagi kebanyakan kes.

Bagaimanapun, risiko lebih tinggi bagi sesetengah kanak-kanak dan pesakit warga emas iaitu dehidrasi yang boleh menjadi semakin teruk dan mengancam nyawa.
TONTON :

BACA:

Beratur panjang di gerai Syahmi Sazli, lelaki dedah “teknik rahsia” diguna youtubers itu

Rupanya ini sebab Ringgit jatuh ‘menggila’ berbanding dollar Singapura

CATEGORIES