Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali

Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali

Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali. Video 44 saat yang menunjukkan dua pelajar sekolah menengah di Kupang didenda guru dengan menghantukkan kepala mereka ke dinding menjadi tular.

Seorang daripada pelajar dalam video tersebut dikenali sebagai IF, 15, dan keluarganya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan insiden itu.

“Kami sudah buat laporan polis pada 13 Februari lalu. Sekarang ini, kami serahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” kata saudara IF, Dolu Yason kepada Kompas.com

Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali

Jelas Dolu, dalam video tersebut, IF dan rakannya diarahkan hantukkan kepala mereka ke dinding oleh guru subjek Pendidikan Jasmani berkenaan sebanyak 100 kali.

Katanya, kejadian bermula ketika IF dan rakannya tidak mengumpulkan semula buku yang disuruh guru tersebut pada 10 Februari lalu.

“Berang dengan perkara tersebut, guru berkenaan meminta IF dan rakannya datang ke depan kelas. Dan mengarahkan mereka menghantukkan kepala ke dinding kelas sebanyak 100 kali.

Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali

“Pada kiraan ke-89, IF disuruh mengulangi semua perbuatannya kerana hantukkannya disifatkan ‘tidak kuat’.

“Guru itu bertanya kepada pelajar lain adakah mereka dengar bunyi hantukkan tersebut dan meminta IF segera mengulanginya,” ujar Dolu.

Tidak cukup dengan itu, dua pelajar itu juga diarahkan membersihkan kawasan sekolah sebelum berlutut sambil menarik telinga antara satu sama lain.

Akibat insiden itu, dua pelajar tersebut mengalami kecederaan pada dahi, telinga dan mengadu sakit kepala.

Sementara itu, polis Kupang mengesahkan menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa.

Tonton:

Baca:

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

Rakyat terkejut parti islam buat siaran haram perlawanan bola, “tak tahu halal haram?”

Kecoh penemuan ikan ‘makhluk asing’, berkepala lutsinar sampai nampak isi dalam

CATEGORIES