[VIDEO] Warga emas rentung dalam kereta selepas kemalangan

Seorang warga emas rentung apabila kenderaan dinaiki bertembung dan kemudian terbakar dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Sook-Nabawan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Wahab Marjuki, 61, ditemukan rentung dalam kenderaan yang terbakar impak daripada kemalangan yang berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sook, Razlan Aridy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya itu pada pukul 10.31 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 19 kilometer dari balai bomba.

[VIDEO] Warga emas rentung dalam kereta selepas kemalangan

KENDERAAN mangsa yang musnah terbakar akibat kemalangan yang berlaku di Jalan Sook-Nabawan di Keningau semalam.

Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu membabitkan kenderaan jenis Proton Saga dan pacuan empat roda Isuzu Dmax dan terdapat dua orang mangsa yang terlibat.

“Akibat daripada pertembungan dua kenderaan itu, Proton Saga yang dinaiki mangsa terbakar.

 

“Kebakaran dipadam oleh orang awam sebelum ketibaan jentera bomba dan terdapat seorang mangsa rentung dalam kebakaran kenderaan ini.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Razlan berkata, seorang lagi mangsa yang memandu pacuan empat roda iaitu Philip Kiat,31, hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital oleh orang awam.

BACA JUGA : Suami isteri nekad bantu mak cik hampir lemas, kereta tenggelam dalam banjir
Mangsa banjir kongsi detik cemas 12 jam atas bumbung surau

CATEGORIES